Pemakanan Sihat Semasa Jerebu
Tubuh badan kita akan kehilangan haba dengan cepat dan perlu diganti semula. Pengambilan air suam sangat digalakkan berbanding minuman sejuk atau berais.
Elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan haus dan cepat dehidrasi seperti makanan yang terlalu masin atau mempunyai garam berlebihan seperti ikan masin, telur masin, lobak masin.
Makan pelbagai makanan mengikut keperluan tubuh badan supaya mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
Bagi mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan, pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih, dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan atau dimakan.
Kurangkan atau elakkan aktiviti luar rumah dan elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan lagi keadaan pencemaran udara.
Sangat digalakkan untuk makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan supaya lebih terjamin tahap kebersihan. Jika tidak dapat dielakkan dan perlu makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau didalam bangunan dan lebih baik jika dibungkus sahaja dan makan di rumah.
Pengambilan suplemen juga penting kerana dibimbangi makanan yang kita sediakan tidak mengandungi nutrien yang lengkap. Suplemen yang dicadangkan ialah Vitamin C, Vitamin E, Omega, Nutriferon dan Performance Drink.
3 Comments
saya cuba minum 3 liter sehari sejak jerebu ni... setakat ni alhamdullilah
ReplyDeleteSetujuuuu !!!!!! hehehe..
ReplyDeletesy memg suke air putihh, kalau mkn luar, konpem perencah byk, so memg amek air suam... hehehe
yu betul tu... kn minum air banyakkan kalau tak tekak rs perit jer...
ReplyDeletetq singgah dan komen di blog Alycia ;)