2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari Sabtu memang hari shopping keperluan dapur. Dari bahan basah hingga la bahan kering semua stok untuk seminggu. Almaklum la wanita bekerjaya nih hujung minggu je ada masa nak ke sana sini. Hujung minggu je masa untuk sediakan stok sayur dan bahan basah.

Macam biasa la peneman ibu shopping barang dapur si mulut joyah. Kakak Raisha. Hihi. Adik ikut babah pergi bengkel kawan babah. Kakak mintak nak 'keber'. Dia panggil burger tuh 'keber'. So ibu pun beli la ayam untuk burger. Cari roti kat situ tapi dah expired so cari kat pasaraya lain alhamdulillah ada.

Masa on the way nak balik bagitau kat husband tadi kakak suruh beli roti dan ayam burger. Lepas tuh husband cakap 'kakak malam nih babah buat burger'. Huhu. Untuk pertama kalinya encik suami ku cakap nak masak. Hahaha. Walaupun nak masak burger je tapi puan isteri nih tersangat la teruja. Bukan senang nak rasa air tangan suami nih kan. Hihi.

Maka malam nih kami anak beranak dinner ala western. Burger air tangan suami. Kentang goreng je puan isteri yang goreng.



Sebenarnya husband ku tak pandai masak. Masak air je dia pandai. Hihi. Tapi syukur la husband pandai buat kerja rumah yang lain. Macam basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, cuci pinggan mangkuk, uruskan anak, bersihkan dapur kalau puan isteri masak bersepah-sepah. Cuma sekarang je part gosok baju daku dah take over semula sebab daku nak membakar kalori. hihihi.

Kami nih tinggal berjauhan so weekend jela masa husband tolong buat kerja rumah. Yang lain sepenuhnya daku buat sendiri. Susah jugak sebenarnya bila kita seorang diri je uruskan anak-anak. Mujur la anak-anak dah tak kesah sangat kat ibu kalau mereka main-main. So ringan la sikit beban. Kalau anak bawah umur setahun memang susah sikit la nak kena bagi perhatian yang lebih.

Semoga kami sekeluarga dapat tinggal bersama dalam waktu terdekat nih. Kesian kat husband setiap minggu ulang alik balik kampung. Belanja minyak dan tol pun bukan sikit.


Post a Comment Blogger

  1. eheheh tah tah ada bakat terpendam nak masak..
    sama cem ayah CT pun mintak tlg potong bawang dia lari dulu haha..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah bukan senang nak dapat suami yang ringan tulang kan. kurang yang tu lebih yang ini. ok la tu :) saya pun PJJ sebelum ni dari kawen sampai anak umur setahun tujuh bulan. memang paham kepayahan tu

    ReplyDelete

 
Top