Tip Merancang Jantina Anak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 4 November 2015

Tip Merancang Jantina Anak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tahukah anda bahawa faktor pemakanan memainkan peranan yang penting didalam merancang jantina anak selain kuasa Allah yang maha esa. Apa yang kita makan akan membawa pengaruh besar kepada sistem tubuh badan kita.


Tip Merancang Jantina Anak

 
merancang jantina anak melalui pemakanan
sumber: google.com
Menurut kajian sains, kewujudan kromosom yang menentukan jantina anak yang dibawa oleh lelaki ditentukan oleh pH dalam pemakanan kita. Namun begitu semuanya adalah kuasa dari yang maha esa. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. Tetapi sebagai umat Islam kita boleh mencuba asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan percaya rezeki jantina anak ditentukan oleh Allah SWT.

Merancang anak lelaki

Bagi merancang anak lelaki, pilih makanan yang mempunyai nilai pH rendah iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potasium yang tinggi. Antara makanan yang menjadikan pH dalam badan beralkali ialah dari sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.

Antara sumber makanan :
Buah-buahan seperti aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kismis, lemon, epal, tembikai, timun, nenas, strawberi, tembikai susu.

Jus seperti jus lobak merah, jus tomato, jus buah prune.

Sayur-sayuran seperti lobak, kentang, bayam.

Makanan lain seperti kekacang, cendawan, lada hitam, herba, halia, coklat, bawang putih, bawang merah.


ELAKKAN memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi

Walaupun ada diantara sumber makanan seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat lebih asid, namun selepas diproses dalam badan ia akan meninggalkan kesan alkali. Manakala daging mempunyai sifat yang beralkali tetapi selepas diproses ia akan meninggalkan sisa yang bersifat asid didalam badan.

Merancang anak perempuan

Pilih makanan yang mempunyai nilai pH yang tinggi atau bersifat asid yang rendah sodium dan potasium. Kita perlukan persekitaran yang lebih kepada bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y. Makan makanan yang berlawanan dengan alkali iaitu makanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y. Makanan yang meninggalkan sisa asid didalam badan ialah makanan berasaskan daging, ikan, telur, bijirin dan legum.

Antara sumber makanan :

Buah-buahan seperti jagung, blueberi, prune, plum.

Makanan seperti bijirin, roti, mee, spageti, nasi, oat, makaroni, tepung.

Sayur-sayuran seperti buah zaitun.

Produk tenusu seperti aiskrim- keju, mentega, yogurt.

Makanan lain seperti kacang hijau, kacang soya, kacang hitam, kacang tanah, walnut, cuka, kopi, koko, minuman ringan.

Banyakkan pengambilan daging lembu, ikan kod, ikan salmon, tiram, udang, ketam. (makanan laut tidak digalakkan kepada pesakit darah tinggi dan gout).

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa. Tak salah mencuba. Berjaya atau tidak serahkan pada Allah. Yang penting kita sudah mencuba. Semoga bermanfaat kepada anda yang ingin merancang jantina anak.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment