Pendidikan Pertama Anakku - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 4 December 2015

Pendidikan Pertama Anakku

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tak lama lagi penggal persekolahan yang baru akan bermula iaitu pada 4 Januari 2016. Lebih kurang sebulan sahaja lagi. Tak sabar rasanya nak hantar kakak masuk sekolah. Tengok cara kakak nampak la excited nak ke sekolah. Harap-harap kakak dapatlah sesuaikan diri dengan sekolah.

Mula-mula tak plan pun nak hantar kakak lagi ke sekolah. Yelah September 2016 baru masuk 4 tahun. Kalau ikutkan masih terlalu awal untuk biarkan kakak berdikari kat sekolah. Hati ibu ni kurang sanggup pulak rasanya. Tapi sebab fikirkan pendidikan untuk kakak lebih penting maka ibu pun kuatkan hati jela. Sentiasa berdoa supaya kakak sentiasa ok kat sekolah nanti.

Ibu memilih nak hantar kakak ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Sebab utama ibu pilih sekolah itu ialah sebab ibu nak anak ibu dapat pendidikan agama yang sempurna. Bukan bermaksud sekolah lain tak bagus. Ibu cuma ada 2 pilihan sekolah PASTI dan tadika kemas. So ibu decide untuk hantar kakak ke sekolah PASTI je. Agak jauh juga dari rumah lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta tapi takpela demi kakak. Abah (abang ipar) dah setuju nak hantar dan ambil kakak sekolah nanti. Ibu kerja, babah kerja jauh so tak dapat nak hantar kakak. Tapi yang pasti hari pertama persekolahan nanti ibu dan babah nak hantar kakak.



Sekejap je masa berlalu tak sedar je kakak dah nak sekolah. Rasa macam baru je lagi ibu lahirkan kakak. Kakak dah jadi 'big girl' ibu dan babah dah. Sebak rasa hati. Terima kasih Ya Allah kau anugerahkan ku anak yang bijak. Kakak sangat bijak. Apa yang kita ajar dia sangat mudah faham dan cepat dapat. Dari umur dia setahun lebih dia dah pandai baca doa tidur. Alfatihah masa umur 2 tahun lebih tapi tak berapa betul sangat la bacaan. Dia just dengar mp3 handphone je. Selawat pun dah pandai, Syukur sangat. Sebab tuh ibu hantar kakak sekolah supaya anak ibu dapat pendidikan yang lebih sempurna dari cikgu-cikgu.



Harapan ibu supaya kakak jadi seorang pelajar yang cemerlang dan seorang anak yang solehah.


No comments:

Post a Comment