Resepi Homemade Pizza - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 8 December 2015

Resepi Homemade Pizza

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Nak makan pizza kena la pergi Pizza Hut tapi kat Lipis takde Pizza Hut. Jadinya buat sendiri jela lagi puas hati makan. Nak letak bahan banyak mana pun takpe kan. Buat sikit je 4 beranak makan macam tak puas pulak. Nak try je buat tak sangka pulak menjadi.


Resepi Homemade Pizza

homemade pizza

Bahan-bahan Homemade Pizza


2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu teh yis (mauripan)
1/2 cawan air suam
2 sudu besar minyak jagung

Cara Membuat Homemade Pizza

1. Satukan air, yis dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
2. Masukkan tepung dan garam ke dalam bekas, lubangkan tengah. Masukkan minyak.
3. Gaul sebati kemudian masukkan bancuhan air tadi. Uli sehingga sebati.
4. Uli perlahan-lahan doh dalam 5 minit.
5. Perap doh selama 45 minit hingga sejam ditempat yang panas. Tutup bekas dengan tuala basah semasa diperap.
6. Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
7. Uli semula lebih kurang 5 minit. Selepas itu canai nipis dan letakkan didalam dulang pembakar.
8. Biarkan doh selama 5 minit. Selepas itu cucukkan doh dengan garfu.
9. Bakar pada suhu 180°c selama 5 minit.


Bahan-bahan Sos Pizza

1 biji bawang putih cincang
1/4 biji bawang besar cincang
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
1 sudu mentega/marjerin/minyak

Cara Membuat Sos Pizza

1. Panaskan mentega, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebati.
3. Sejukkan seketika.


Bahan-bahan Inti Pizza

1 batang sosej hiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris
1/6 biji bawang besar dihiris nipis
Sedikit keju mozzarella
1 sudu mentega/marjerin/minyak
1/3 cawan ayam cincang

Cara Membuat Inti Pizza

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega dan gorengkan isi ayam sehingga masak.
*bahan lain tidak perlu dimasak

homemade pizza


Cara Membuat Pizza

1. Selepas pizza dibakar separuh masak, keluarkan dari oven.
2. Sapukan sos diatas pizza, letakkan isi ayam, sosej, cendawan butang dan bawang besar. Akhir sekali taburkan pula keju mozzarella.
3. Bakar pizza pada suhu 180°c selama 10 minit.

2 comments:

  1. Sha suka makan pizza tapi kalau nak buat sendiri nie cam x brape confident.. hehehe..

    ReplyDelete