Monday, 4 January 2016

Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari ni merupakan hari pertama sesi persekolahan 2016. Pelbagai gelagat dan kerenah anak-anak kecil. Termasuk la anak dara sulung ku. Hihi. Syafiyah Raisha go to school today. Usia kakak 3 tahun 4 bulan. Kalau ikut tahun 4 tahun la dah.

Tak terlalu awal ke hantar sekolah? Bagi ibu tak terlalu awal. Zaman sekarang semua orang berlumba nak mencari ilmu. Disamping itu ibu nak kakak pandai berdikari dan pandai menguruskan diri sendiri. Memang la nampak macam terlalu kecil. Tapi ibu percaya kakak pandai bawak diri.

Kakak duk kusyuk tengok upin dan ipin

Tengok kawan-kawan. Masa ni ramai lagi parents yang tunggu

Selfie dengan ibu sikit. Hihi. Kakak takde mood nak layan ibu

Adik kehausan tunggu kakak school. Pekena sebotol dulu

Uniform yang kakak taknak pakai. Katanya macam jubah besar sangat. Haha

Ibu intai ikut tingkap. Time makan ni. Kakak taknak join kawan-kawan makan dalam dulang

Rajin sangat. Singgah rumah pah pun menulis. Huhu


Hari pertama sekolah ibu dan babah ambil cuti. Ibu over sikit cuti 2 hari. Haha. Bukan apa cuma kesian. Lepas ni mak (kakak ku) dan abah (abang ipar ku) akan ambil alih tugas uruskan kakak dan hantar kakak sekolah. Ibu tak sempat nak uruskan kakak.

Cerita hari ni takde drama sangat pun. Bangun pagi pun mudah je. Babah yang uruskan mandi dan ibu pakaikan baju. Tapi taknak pakai baju seragam sekolah. Haha. Katanya besar macam jubah. So pilih sendiri nak pakai baju apa. Tudung pun sekejap je dia pakai.

Dalam pukul 9 camtu ibu keluar bawak adik. Mujur dia taknak ikut. Intai dari luar je lepas adik minum susu dan makan dalam kereta. Adik sibuk ajak masuk pergi kat kakak. Babah tunggu sampai time makan. Ibu call babah suruh babah bagi kakak kat cikgu dan terus keluar je. Mujur la kakak ok je. Lepas tu tak tau la nangis ke tak. Bila tanya dia kata tak nangis.

Masa ambil pukul 12 tu masing-masing bekerumun kat pintu. Semua pakat nangis. Kakak pun ikut nangis. Nampak ibu baru la diam. Sedih sangat kot ingat ibu takde ambil. Balik sekolah terus singgah playground. Layankan jela supaya esok tak serik dah nak sekolah.

Dah settle main kat playground terus ke rumah pah. Pah alter baju dan seluar kakak. So dah siap nanti boleh la pakai. Kakak sibuk menulis dan melukis. Nampak gaya seronok sekolah tu. Beg sekolah bawak ke hulu ke hilir. Tidur sekejap je masa on the way nak balik rumah. Sampai rumah sambung lagi menulis.

Pukul 9 malam pengsan dah tidur mengantuk sangat. Harap-harap esok ok la nak tinggal. Babah dah balik Putrajaya so tinggal ibu jela cuti lagi esok.

Doa ibu sentiasa mengiringi kakak. Kakak belajar rajin-rajin. Bila besar nanti kakak jadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah lindungi anak ku. Jaga dia untukku.

1 comment: