1
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sabtu minggu lepas encik husband ajak bawak anak-anak pergi tengok gajah kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Masa belum ada anak dulu dah pergi so kali ni pergi masa anak dah 2. Hahaha. Memori la konon. Tapi banyak dah perubahan sepanjang lebih kurang 4 5 tahun ni. Sampai je kat situ dah lewat petang dalam pukul 4 camtu so boleh tengok gajah jela semata-mata. Tak sempat nak tengok pertunjukkan gajah, gajah mandi dan lain-lain lagi.

Oleh kerana takde apa yang menarik sangat kita bergambar jela. Next time kalau nak tengok kena datang awal. Kalau macam dulu boleh naik gajah sekarang ni tak boleh dah. Baru ingatkan nak bawak anak-anak naik gajah. Takpela dapat tunjuk kat anak-anak rupa sebenar gajah pun dah ok kan. Hihi. Takut nanti nampak gajah dikatanya lembu.

Lobi tempat pendaftaran. Masuk je pintu pagar akan nampak lobi ni dulu betul-betul sebelah kanan. So kena daftar kat sini dulu.


Kat lobi pusat konservasi gajah kebangsaan. Boleh selfie kat sini ye.

Anak dara berdua ni cukup susah kalau nak ambil gambar.

Suruh duduk kat gajah tu pun payah. 

Susah sangat anak-anak nak berposing kan. Ibu jela yang selfie. Huhu.

Babah tengah tulis details nama, nombor kad pengenalan sebelum masuk. lepas tu ada borang untuk sumbangan so boleh bagi sumbangan berapa nak bagi. 

Ni pulak kita akan dapat sticker selepas daftar. Sticker ni boleh tampal kat baju sebelum masuk.

Suruh pandang ibu tapi ke lain pulak dipandangnya. Oh la anak.

Selamat datang ke pusat konservasi gajah kebangsaan

Dah petang pun masih ramai yang datang ke sini.

Antara gajah yang ada kat pusat konservasi

Jauh sangat nak tengok gajah tu. 

Kakak tak berani nak dekat dengan gajah. huhu

Adik berani pulak nak tengok gajah. Mula-mula pun taknak tapi babah dukung je ok pulak

Ibu selfie la sikit. Huhu

Babah bagi gajah makan.

Husband and wife 

Adik sibuk je nak cabut sticker kat lengan ibu.

Gambar gajah kakak berani la tengok dekat-dekat. huhu

Suruh bergambar susah sangat budak berdua ni

Ok dah jom balik. Gajah nak berehat pulak.

babai gajah

Kat dalam pusat ni pun ada cafe. Dulu-dulu takde pun cafe. So dah penat tengok gajah boleh la singgah minum kan. Kami tak singgah pun.

Terima kasih sila datang lagi

Ok dah tamat lawatan mengenal gajah. Next time kita datang awal pagi so boleh tengok aktiviti gajah. Kat situ pun ada taman rusa tau tapi tak sempat jugak nak pergi tengok rusa. Sampai je kat situ dah tutup. Terus singgah minum abc je. Owner kedai tu kata akan datang akan ada pusat harimau pulak kat situ. Harimau yang pernah makan daging manusia. Harimau liar la tu maksudnya. Huhu. Tak berani la pulak nak tengok kan. Tengok kawasan yang nak buat tu tengah buat pagar berlapis-lapis jugak. Punya la dasyat kan.


Bagi yang nak berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang tapi tak tau ke mana arah tujuan boleh search alamat ni ye. Insyaallah boleh sampai dengan jayanya. Pastikan datang awal ye. Pusat ni tutup seawal 4.45 petang.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-9790272  Kaunter: 013-9088207
Faks: 09-279 0398
E-mel/ E-mail : necc[at]wildlife[dot]gov[dot]my

Post a Comment Blogger

  1. dekat kampung saya :-) sekarang dh besar tempat ni, gajah pon byk dh, seronok kalau dpt mandikan, tunggang gajah..... deer land pun ada dekat2'situ :-)

    ReplyDelete

 
Top