Tanggungjawab Bersama Suami Isteri - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 2 March 2016

Tanggungjawab Bersama Suami Isteri

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Baru-baru ni terbaca kisah seorang perempuan yang mengeluarkan pendapat tentang tanggungjawab suami dan isteri. Katanya semua kerja rumah tanggungjawab suami. Ermmmm. Nak kupas sikit isu nih. Hihihi.





"Mengikut pandangan Islam sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan nafkah kepada isteri iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Apa yang dimaksudkan dengan makanan ialah makanan yang boleh terus dimakan oleh isteri. Bukan tanggungjawab isteri untuk memasak. Tapi kalau suami meminta isteri memasak dan ianya langsung tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati perintah suami." - Sumber : e-fatwa

Ok ahkak nak kupas sikit isu ni. Hiihi.


MEMASAK

Sejak dari zaman nenek moyang kita dulu memang bab memasak je mesti kaum wanita. Tapi sebenarnya tanggungjawab kaum lelaki iaitu suami untuk memberikan nafkah makanan kepada kaum wanita iaitu isteri dalam erti kata lain makanan bermasak yang boleh terus dimakan oleh isteri. Kalau fikir logik, suami beli makanan di kedai dan bagi isteri makan. For me better i masak sendiri dan makan dari hari-hari nak makan makanan kedai. Suami bekerja macam mana la nak masak untuk isteri kan. Kalau macam i ni laki balik seminggu sekali je ada kebulur nak tunggu laki bagi makan. Hahaha. Pernah la rasa suami masak masa pantangkan kakak. Tu pun ada kisah disebaliknya. Hahaha


MENGEMAS RUMAH, MENYAPU SAMPAH, MENGEMOP LANTAI

Bab rumah bersepah ni perkara biasa. Lagi-lagi kalau ada anak kecil-kecil. Tanggungjawab ibu bapa dah nampak rumah bersepah tu takkan nak tengok saja kan. Siapa yang nampak dulu buat jela bukan susah pun. Kalau anak-anak sepahkan mainan bagitau anak jangan sepahkan mainan, lepas main terus simpan. Benda simple kan secara tak langsung kita dah mendidik anak-anak kita dari kecil lagi.


MENJAGA ANAK

Bab jaga anak pun adalah tanggungjawab bersama. Isteri dah lahirkan anak so suami patut ringankan tanggungjawab isteri dengan sama-sama menjaga anak. Macam i ni bekerjaya so waktu kerja anak duduk dengan pengasuh. Sabtu dan ahad sama-sama ada kat rumah so sama-sama jaga. Tapi biasanya kalau hari cuti dan hujung minggu banyak suami i la yang jaga sebab dia nak cover semula seminggu i jaga sorang-sorang kan. Hihi


MEMBASUH, MENYIDAI, MELIPAT BAJU

Hari bekerja membasuh dan menyidai adalah tugas ku. Bab melipat sedikit malas. Kalau rajin lipat la. Kalau tiba musim M tu datang terpaksa la kumpul untuk suami ku lipat nanti. Hujung minggu memang semua buat.


MENGGOSOK BAJU

Dulu gosok baju suami buat. Sejak ku fikir gosok baju boleh bakar kalori harus la ku yang gosok. Hihi. Baju sekolah anak kadang-kadang suami yang gosok.


LAIN-LAIN TUGAS RUMAHTANGGA

Lain-lain tugas lakukan bersama. Kebiasaannya suami isteri bekerja, sama-sama penat so sama-sama kena bantu membantu. Suami jangan lepaskan semua tanggungjawab kepada isteri. Ingat ye isteri bukan hamba. Isteri pun kena ikhlas jangan merungut tau. Hihi. Bagi isteri yang berkahwin dengan suami yang langsung tak tau memasak dan tugas lain jangan risau ye. Boleh ajar suami tu perlahan-lahan insyaallah boleh. Suami saya anak bongsu dan memang tak tau langsung buat kerja rumah tapi alhamdulillah sekarang dah pandai. Dah boleh uruskan anak-anak cuma masak jela tak pandai. Hihi.


No comments:

Post a Comment