Suami Tanpa Cinta - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 29 April 2016

Suami Tanpa Cinta

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bermula 4 April 2016 telah ditayangkan drama bersiri Suami Tanpa Cinta di Astro Ria tapi masa mula-mula dulu tak tengok sangat pun. Almaklum la cerita tu ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam waktu busy kat rumah settle segala macam urusan selepas anak-anak tidur. Jarang la dapat layan drama malam-malam ni. Kadang-kadang on je tv tapi duk sibuk buat kerja rumah. Dengar je tapi tak tengok. Cuma tengok siaran ulangan jela setiap hari Ahad jam 1.30 petang hingga la 5.30 petang marathon tengok depan tv. Hihihi.

suami tanpa cinta


Best jugak cerita Suami Tanpa Cinta lakonan utama Shukri Yahaya dan Janna Nick. Yang paling kelakar ada Mark Adam tu cerita tak kelakar pun jadi kelakar bila ada dia. Tapi memang best la gabungan Shukri Yahaya dengan Janna Nick tu nampak real je lakonan mereka.

Actually cerita ni diadaptasi dari novel. Penulis novel Suami Tanpa Cinta ni adalah penulis novel yang sama dengan Tuan Anas Mikhail. Patut la ceritanya best. Memang tak jemu kita nak layan.

I dulu dengan husband pun sejenis suami tanpa cinta jugak. Hihi. Saja nak throwback. Kenal dah lama dari kecil. Form 1 satu sekolah tapi dulu I tak suka my husband ni nampak macam berlagak. Nak dijadikan cerita kakak I kakak angkat kepada kakak husband. So memang dari kecil dah kenal. Masing-masing dulu bercinta dengan orang lain. Jumpa semula masa reunion kat Cameron. Lepas tu la dia rajin contact. Masa tu kenal bulan 2, bulan 6 bertunang, bulan 9 nikah. Cepat kan sebab keluarga pun dah kenal. So takde masalah la. Takdela bercinta bagai nak rak tapi tak jadi. Allah dah tentukan. Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan sehingga syurga. Aminnnn

No comments:

Post a Comment