7 Sebab Kenapa Kita Perlukan Suplemen - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 27 June 2016

7 Sebab Kenapa Kita Perlukan Suplemen

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sejak kebelakangan ni viral isu anti vaksin dan penyakit difteria yang semakin menular. Risau juga kan kerana sesiapa sahaja berisiko untuk mendapat virus ini terutama bayi, kanak-kanak dan warga emas. Kerana golongan ini mempunyai tahap antibodi yang sangat rendah. Justeru itu sangat digalakkan pengambilan suplemen untuk menguatkan antibodi.




Kenapa Kita Perlukan Suplemen?


♥Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.

♥Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

♥Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

♥Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

♥Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.

♥Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafien, gula dan garam berlebihan.

♥Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya. 

Sila lah amalkan pengambilan suplemen. Walaupun anda sudah mendapat suntikan tetapi anda dikelilingi oleh mereka yang tak mendapat suntikan maka anda berisiko untuk terdedah kepada virus dan penyakit berjangkit.

No comments:

Post a Comment