Thursday, 9 June 2016

Resepi Biskut Almond London

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kali ni ahkak nak share resepi ALMOND LONDON style ahkak ye. Resepi ni sangat lama dah masa ahkak sekolah lagi. Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh Pahang. Memang ahkak boleg kata setiap tahun guna resepi ni je. Tak ada bahan-bahan rahsia tau. Selamat mencuba.



 
  

 BISKUT ALMOND LONDON

 
BAHAN-BAHAN:

260 gm mentega / marjerin
120 gm gula kastor
1 camca teh emplex (rupa macam serbuk penaik warna putih)
500 gm tepung gandum
2 biji merah telur
1 biji putih telur
biji badam untuk inti biskut
badam cincang untuk hiasan
coklat masakan untuk topping
paper cup warna hitam atau ikut suka
 
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega / marjerin bersama gula *jangan sampai kembang nanti jadi kek pulak
2. Masukkan telur dan pukul seketika kemudian masukkan emplex dan tepung.
3. Uli hingga menjadi doh. Kemudian bentukkan bulat-bulat atau panjang.
4. Letak badam sebagai inti.
5. Letak dalam dulang pembakar. sedia untuk dibakar. Suhu 180°c selama 10minit.
6. Untuk celup coklat pula masak coklat masakan guna kaedah double boiler.
*kalau nak tau macam mana kaedah double boiler tu senang je. Ambil periuk kecil dan bekas stainless steel yang boleh muat atas periuk tu kemudian letak air di dalam periuk tu, letak coklat masakan dalam bekas stainless steel tadi masak atas api hingga cair*
7. Bila biskut kita dah masak boleh la celup dalam coklat yang dah cair tadi.
8. Boleh la hias dengan badam cincang. Sejukkan supaya coklat tadi keras.
 

 

2 comments: