Thursday, 30 June 2016

Resepi Kerabu Ikan Bilis

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tiba-tiba nak makan kerabu ikan bilis pulak untuk berbuka. Kebetulan bahan-bahan ada. Cargas terus la buat yang simple je. Yang penting sedap. Hihi.


kerabu ikan bilis

Resepi Kerabu Ikan Bilis


Bahan-bahan:
Semangkuk ikan bilis dikopek dan dibelah 4
2 batang serai dihiris nipis
1/2 biji tomato dipotong dadu
3 biji cili padi dibuang biji dan dipotong kecil
1 batang bunga kantan dihiris nipis
2 sudu sos ikan (kalau tak ada gantikan dengan garam pun boleh)
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi (limau nipis pun boleh)

Cara Membuat:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat toskan minyak dan ketepikan.
2. Gaulkan ke semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Pastikan kalau nak makan baru gaulkan dengan ikan bilis. Supaya ikan bilis kekal rangup. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment