0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kuih raya ku yang pertama popia nestum dan popia cheese je. Buat versi bergoreng dulu. Plan semalam nak buat biskut tapi air takde pulak seharian so tukar plan buat popia je senang. Hari tu testing je so menjadi tu yang repeat buat untuk raya pulak.

popia nestum dan popia cheese


Popia Nestum Dan Popia Cheese


Bahan-bahan:
Kulit popia
Cheese powder
Nestum dan Gula kisar
Minyak untuk menggoreng
Sedikit bancuhan tepung jagung sebagai gam
*chopstik untuk menggulung

Cara Membuat:
1. Gulung kulit popia menggunakan chopstik lebih mudah. Gamkan dengan bancuhan tepung jagung.
2. Gunting menyerong kulit popia yang digulung tadi.
3. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
4. Gaulkan dengan cheese powder.
5. Ulang langkah ketiga sehingga habis dan gaulkan pula dengan nestum dan gula kisar.
6. Siap untuk dimakan.

Senang je kan nak buat. Sedap dimakan bila-bila je ni. Sambil tengok tv pun krupp krappp je mengunyah. Selamat mencuba.

Post a Comment Blogger

 
Top