Menu Detoks Hari Pertama - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 1 August 2016

Menu Detoks Hari Pertama

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat tinggal Julai dan selamat datang Ogos. Sila berbuat baik kepada saya ye. Hihi. Bermula Ogos maka bermula lah Program Detoks Bersama Shaklee hari pertama. Berdebar juga masa nak mula tak tau mampu ke tak tapi takpela cuba je kan. Yang penting niat nak buang toksin supaya badan lebih sihat.


Program Detoks hari pertama berjalan dengan lancar. Memang kalau jiwa tak kental pasti kecundang. Haha. Alhamdulillah masih berjaya walaupun dugaan agak mencabar. Tapi demi nyahkan toksin ku harungi jua.

Untuk hari pertama ni menu biasa2 je dan lebih kepada sayur dan buah.

Sarapan: energizing soy protein + mangga blend

Snek pagi: buah epal dan kiwi, salad + mayonis + chesdale

Tengahari: sup sayur kobis bulat, bunga kobis, carrot, sawi hijau. Less salt. Tambah serbuk lada hitam. Selepas makan telan alfalfa 5 biji

Petang: repeat makan buah

Malam: salad + mayonis + chesdale, buah oren sunkist. Selepas makan telan alfalfa 5 biji.

Sebelum tidur telan herb-lax 4 biji.

Selesai hari pertama. Menu malam tu berebut dengan anak2😂. Nak join sy detoks? Boleh whatsapp 012.975.5310 untuk pertanyaan tentang SET DETOKS SHAKLEE.

No comments:

Post a Comment