0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Pernah dengar tak Beca Lampu Putrajaya ? Tengah viral sekarang ni kat media sosial. Masa birthday Cie 19 November lepas encik husband bawak naik beca tu.





First time ada kat Malaysia. Beca tu bukan macam beca basikal biasa tu tau. Tapi ni beca combi dan volkswagen. Memang sangat menarik Beca Lampu Putrajaya tu. Kita kayuh sendiri tau. Agak penat jugak la nak kayuh. Beca tu berat. Ada jugak beca biasa tu tapi takde lampu.

Sekarang ni musim cuti sekolah kan memang sesuai bawak anak-anak berjalan-jalan kat Putrajaya. Beca Lampu Putrajaya ni terletak di Ayer @ 8, Persint 8 Putrajaya. 

Kat situ macam-macam ada cafe menjual makanan, butik pakaian dan macam-macam lagi. So sesuai datang bersama family sambil bersantai.

Paling best datang waktu malam sebab baru lah nampak lampu pada beca tu. Kami hari tu datang sebelum maghrib. Kebetulan hari nak hujan dah so nak merasa punya pasal naik jugak la. Tetap nampak menarik warna warni beca tu.

Percuma ke nak naik beca tu? Tak ada apa yang percuma sekarang ni kan. Hahaha. Mesti la ada bayaran yang dikenakan. Tapi takdela mahal. Berbaloi sebab boleh naik ramai-ramai.


Post a Comment Blogger

 
Top