1
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Petang tadi tiba-tiba mood terlebih rajin masak kuey teow sup. Teringin jugak pun nak makan. Kita ni memang suka makan dan kita suka masak ikut citarasa kita. Asalkan tekak rasa sedap. Sendiri masak tak pernah tak sedap la kan. Hahaha. Senang je nak masak. Campak je dalam kuali dah siap.



Bahan-bahan Kuey Teow Sup Udang

1/2 peket kuey teow halus
1/4 biji bawang besar
5 ekor udang
Sedikit carrot
Sedikit bunga kobis
Sedikit sawi hijau
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air

Bahan-bahan Sampingan Kuey Teow Sup Udang

Ikan bilis goreng garing
Bawang putih goreng garing
Bawang goreng
Cili padi
Daun sup
Limau kasturi

Cara Memasak Kuey Teow Sup Udang

1. Hiris bawang besar. Potong udang kecil-kecil (buang kulit, kepala, ekor). Potong carrot dan bunga kobis. Potong sawi.

2. Panaskan minyak tumiskan bawang besar. Bila dah agak layu masukkan udang. Kacau seketika.

3. Masukkan bunga kobis dan carrot. Kacau.

4. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan garam. Sesuaikan rasa.

5. Masukkan sawi dan biarkan seketika. Masukkan kuey teow. Kacau seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan. Sekejap je dah siap boleh dimakan. Bahan sampingan tu masukkan dalam mangkuk masa nak makan je. Perah limau fuhhh terangkat. Memang sedap. Selamat mencuba.

Post a Comment Blogger

 
Top