Resepi Rendang Ayam - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 19 July 2017

Resepi Rendang Ayam

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Masih mood raya lagi kan? Syawal belum habis. Lama rasanya Cie biarkan blog ni bersawang. Busy sangat gayanya. Hihi. Tiba-tiba hari ni macam rajin sikit. Cie nak share resepi Rendang Ayam yang sedap sangat. Teringin nak makan hari tu lepas je habis puasa 6 terus buat.


Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan Rendang Ayam


1 ekor ayam
1 liter santan
3 sudu kerisek
4 batang serai*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 biji bawang besar* (kalau sederhana letak 2 biji)
8 biji bawang putih*
5 sudu cili kisar (yang dah dimasak - pes cili kering)
4 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit diracik halus
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuat Rendang Ayam

1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pes cili kering. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biarkan seketika air ayam keluar. Keringkan sikit kemudian masukkan santan. Kacau sesekali sahaja. Biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan kerisik, asam gelugor dan perasakan dengan garam. Kacau.
5. Setelah masak, taburkan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye.




No comments:

Post a Comment