Sunday, 24 September 2017

Tempe Goreng Kicap

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.

Petang-petang macam ni kalau dapat tidur best ni kan. Lagi-lagi kalau lepas kenyang makan tengahari. Mata memang minta dibelai je kan. Tapi orang bisnes macam Cie takkan buang masa dengan tidur. Banyak plan yang boleh dibuat dari tidur yang membuang masa.

Hari ni Cie nak share RESEPI TEMPE GORENG KICAP. Mungkin ada yang dah pernah buat tapi ikut cara masing-masing kan. Masak ni kadang-kadang nama sama je tapi bahan dan kaedah berlainan. So jangan pertikaikan resepi orang lain. Lain orang lain cara.



RESEPI TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN TEMPE GORENG KICAP

1 keping tempe dipotong nipis dan kecil
Segenggam ikan bilis (dikopek)
1 papan petai (kalau taknak letak pun takpe)
1 biji cili hidup hijau
4-5 biji cili padi
1 biji bawang besar
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Minyak masak

CARA MEMBUAT TEMPE GORENG KICAP

  1. Panaskan minyak dan gorengkan tempe hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Guna lebihan minyak tadi gorengkan bawang besar, cili hidup hijau, cili padi, petai sehingga layu.
  4. Kemudian masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau sekejap je.
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Dah siap tempe goreng kicap. Senang dan mudah disediakan. Ratah je pun sedap. Selamat mencuba.

8 comments:

  1. Sedap nie.. Tak pernah lagi buat goreng kicap.. Selalu masak sambal je..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Kalau ada lauk ni saja boleh buat tambah nasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dengan nasi panas2 memang menambah la =p~

      Delete
  3. Sedapnya tempe goreng kicap...rasa lapar jadinya...
    Terima kasih sudi join GA saya..senarai nama dah keluar...jenguk sini ya...

    http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/10/senarai-nama-perserta-first-giveaway.html

    ReplyDelete