Saturday, 14 October 2017

Murtabak Mee Cintan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Pagi ni Cie nak share resepi MURTABAK MEE CINTAN yang Cie buat baru ni. Nak buat sangat senang. Rasa pun sedap. Selalu orang guna mee maggi tu kan tapi kali ni kita tukar mee cintan.


Resepi Murtabak Mee Cintan

Bahan-bahan Murtabak Mee Cintan

1 keping mee cintan 
1/2 biji bawang besar
2 biji telur
1 batang bunga kantan (tak ada pun tak apa)
2 biji cendawan butang
1 keping keju chesdale
Sedikit marjerin
Sedikit garam

Cara Membuat Murtabak Mee Cintan

1. Rebuskan mee cintan sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Hiris bunga kantan, bawang besar dan cendawan butang.

3. Pukul telur dan masukkan bahan hiris dan sedikit garam.

4. Masukkan mee cintan ke dalam bancuhan telur dan gaul rata.

5. Panaskan kuali, masukkan marjerin.

6. Masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan ratakan leper sedikit.

7. Setelah agak masak dan sedikit garing, terbalikkan. Koyakkan keju chesdale dan letak atas murtabak. Setelah masak bahagian bawah boleh angkat dan hidangkan.


Senang je kan nak buat. Boleh buat minum petang, sarapan atau makan malam. Cicah dengan mayonis dan sos cili. Selamat mencuba.
Ni la rupa mee cintan tu. Kat peket ada tulis non fried mi tanpa goreng. Kat pasaraya ada jual.

No comments:

Post a Comment