Kenapa Tubuh Anda Perlukan Protein? - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 10 December 2017

Kenapa Tubuh Anda Perlukan Protein?

KENAPA TUBUH ANDA PERLUKAN PROTEIN?


Protein adalah seperti blok binaan tubuh anda. Binalah asas kepada tubuh yang sihat dengan memberikan orang yang tersayang, sumber protein terbaik untuk fungsi tubuh yang optima kerana dengan sumber yang betul, keluarga anda akan lebih sihat dan bahagia. Kebahagian mereka adalah kebahagiaan anda juga.




PERTUMBUHAN DAN PEMBESARAN

Nutrien penting terutamanya pada peringkat kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh optimum termasuk rambut yang berkilau, kulit lebih lembut dan kuku yang kuat. Protein dan komponen asid aminonya juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan pengangkut nutrien yang lain.

TENAGA BERKEKALAN

Minuman tenaga dan berkafien hanya mampu memberi kesan sementara. Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengekalkan tenaga kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam, sekaligus memberikan sumber tenaga yang berkekalan agar anda mampu untuk melakukan pelbagai tugasan dan kekal cergas setiap hari.

PENGURUSAN BERAT BADAN

Diet tinggi protein boleh mengurangkan berat berbanding diet rendah dengan protein kerana peranannya dalam mengekalkan rasa kenyang. Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat yang sihat dan pengekalan berat badan tersebut boleh membantu memanjangkan jangka hayat hidup anda.

KESIHATAN JANTUNG

Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyai 30% lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang makan makanan tinggi karbohidrat, diet rendah lemak. Walaubagaimanapun, menambahkan protein sayuran di dalam diet dapat mengurangkan masalah kesihatan jantung serta membantu mengekalkan dan meningkatkan fungsinya.

KESIHATAN TULANG

Selain kalsium, terdapat pelbagai lagi nutrien lain yang penting untuk kesihatan tulang, termasuklah protein. Pelbagai penemuan menccadangkan pengambilan protein yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan kepadatan tulang, tinggi kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang. Dalam kajian terbaru, peningkatan pengambilan protein terutamanya apabila diambil bersama kalsium dan vitamin D dalam diet boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.

KESIHATAN OTOT

Kemerosotan jisim otot berlaku akibat penuaan usia dan ia terjadi tanpa kita sedari kerana ia sering disalah anggap dengan peningkatan lemak dalam badan. Ini boleh menyebabkan kemerosotan otot yang kronik dikalangan warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun, apatah lagi pada yang berumur 80 tahun. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.

1 comment:

  1. Salam singgah & Follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com

    ReplyDelete