Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela

Macam berhantu cerita ni tak boleh miss tengok. Hahaha. Kat rumah tv belum pasang sebenarnya sebab nak tunggu cat dinding so sekarang memang tak tengok tv la.


Tengok kat youtube lagi best sebab takde iklan. Layan nonstop la tapi tak sampai sejam pun kalau dah tolak iklan 30 minit plus plus je. Nampak sangat iklan yang lama kan.

Masa teaser mula-mula dulu ingatkan tak best cerita ni sebab kenal Remy Ishak je yang lain semua tak kenal. Heroin pun tak kenal. Hihi. Cie ni bukan la kaki drama sangat pun.

Bila dah layan best jugak cerita ni banyak mesej yang disampaikan. Yang positif kita ambil, yang negatif kita jangan ambil.

Kalau kita hayati betul-betul banyak mesej dalam cerita ni. Antaranya mengenai hubungan kekeluargaan. Banyak tentang kisah rumahtangga la sebenarnya.

Setiap hari memang tak sabar-sabar nak tunggu cerita tu. Tak sabar nak tunggu ending. Nama pun drama kan mesti happy ending nanti. Hihi.

Lagu OST cerita ni semua best sangat. Siap download mp3 dengar kat office. Boleh la release tension kan sambil buat kerja.
Share this article:

1 comment: