4 Jenis Jus Detox Untuk Kurus

4 JENIS JUS DETOX | RESEPI JUS DETOX


4 jenis jus detox

Perut buncit merupakan igauan ngeri semua orang. Nak beli seluar pun susah. Perut menggelebeh je kan. So boleh try 4 jenis jus detox untuk kempiskan perut dan kuruskan badan.

1. JUS TIMUN | PENGHAPUS LEMAK

Bahan-bahan:
  • 1 biji timun
  • sedikit daun parsli
  • 1 biji lemon
  • 1 sudu besar halia parut
  • 1/2 gelas air
Cara Membuat:
  1. Kisar semua bahan dan minum sebelum tidur

2. SPARKLING LEMON | MINUMAN TENAGA

Bahan-bahan:
  • 5 biji lemon
  • 1 liter air sparkling
  • sedikit daun pudina
Cara Membuat:
  1. Perah 4 biji lemon
  2. Hiris bulat 1 biji lemon
  3. Campurkan semua bahan didalam jug.
  4. Boleh disejukkan didalam peti sebelum diminum.

3. MINUMAN INDIA BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 4 biji limau nipis
  • sedikit halia parut
  • sedikit daun pudina
  • 1 liter minuman sparkling
  • 1/2 gelas air masak
  • sedikit gula
  • sedikit ais
Cara Membuat:
  1. Perah jus limau.
  2. Masukkan gula dan air masak. Renihkan sehingga gula larut.
  3. Tambahkan halia dan biarkan mendidih seketika.Tutup api.
  4. Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais.
  5. Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau.

4. MINUMAN CUKA EPAL

Bahan-bahan:
  • 1 liter jus epal
  • sedikit daun pudina
  • 100ml jus lemon
  • 1 biji lemon
  • ais
Cara Membuat:
  1. Hiris lemon bulat-bulat
  2. Campurkan jus lemon dan jus epal ke dalam jug.
  3. Tambah hirisan lemon, daun pudina dan ais.
  4. Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan.

Amalkan minum setiap hari sebelum tidur. Mudah-mudahan berjaya untuk kempiskan perut dan turunkan berat badan. Selamat mencuba!

Sumber: RASA
Share this article:

1 comment:

  1. Bagusnya ada menu untuk detoks! TQ for sharing. SIqah save dulu ye. Hihi.

    Nway, jemput join giveaway dan segmen di Blog Siqah jika ada kelapangan :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete