CENDAWAN TIRAM | PETUA SIMPAN CENDAWAN
Cendawan tiram ni antara sayur kegemaran Cie. Ianya sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti cendawan masak tempoyak, cendawan sup, cendawan goreng celop tepung, cendawan masak lemak, cendawan tumis, nasi goreng cendawan, sayur campur, tomyam cendawan dan banyak lagi la.
Tapi kan selalunya tak boleh simpan lama. Kalau beli terus kena masak. Kalau tak ia akan jadi lembik dan busuk. So Cie nak kongsikan Petua Simpan Cendawan Agar Tahan Lama.
Bahan-bahan
- Cendawan Tiram
- Tisu Dapur
- Kertas (boleh beli yang khas untuk bungkus makanan)
Cara-cara:
- Keluarkan cendawan dari plastik. Pastikan tidak terkena air. Kalau dah terkena pastikan biar ia kering terlebih dahulu sebelum disimpan.
- Letak kertas dan lapiskan tisu dapur.
- Susun cendawan dan bungkus dengan kemas.
- Simpan didalam peti di bahagian sayuran.
Selamat mencuba petua yang sangat mudah ini.
Nice sharing sis..
ReplyDelete