Manfaat Zinc Plus Shaklee - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 27 September 2018

Manfaat Zinc Plus Shaklee

MANFAAT ZINC PLUS SHAKLEE

manfaat zinc plus shaklee


Zink merupakan salah satu mineral yang penting untuk tubuh badan kita. Ia adalah mineral surih yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh badan kita yang mana ianya tidak boleh dihasilkan daripada badan. Ia perlu diambil dari diet harian.

Makanan yang kita ambil setiap hari perlulah mempunyai mineral ini kerana ianya penting didalam menyokong dan mengaktifkan lebih daripada 200 jenis enzim dalam badan. Enzim ini membantu mengoptimumkan sel-sel badan supaya berfungsi dengan lebih baik.

Zinc Plus Shaklee Untuk Kesihatan Imun

  • melawan jangkitan.
  • aktifkan sel-sel imun.
  • lebih kepada untuk aktifkan T sel dalam badan. Apabila T sel aktif ia akan bantu bertindakbalas dengan lebih baik untuk mengesan sel kanser yang ada dalam badan.

Zinc Plus Shaklee Untuk Rambut Yang Sihat

  • menggalakkan pertumbuhan rambut yang tebal dan sihat.
  • orang yang mempunyai zink yang rendah dalam badan, folikul rambut akan rapuh dan mudah terurai.
  • sangat digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur.
  • zink bantu untuk sintesis DNA dan RNA dalam sel dan menyokong pembahagian sel untuk bahagian rambut.
  • untuk rambut lebat dan lebih kuat digalakkan untuk ambil zink sebagai 1 komponen untuk aktifkan sel rambut tumbuh dengan lebih sihat dan subur.

Zinc Plus Shaklee Untuk Kognitif 

  • untuk bantu tingkatkan daya ingatan, pembelajaran dan mencegah penyakit berkaitan minda dan alzheimer.
  • bantu untuk fokus dalam pembelajaran.

Zinc Plus Untuk Penyembuhan Luka

  • menghasilkan sel baru dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • kebanyakkan krim untuk merawat luka mengandungi zink. Zink akan membantu untuk keringkan luka dengan cepat dan elak bakteria dari melekat pada luka. Proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

Zinc Plus Untuk Sistem Pembiakan Yang Lebih Sihat

  • zink membantu meningkatkan fungsi kualiti dan kuantiti sperma.
  • bantu juga untuk sistem pembiakan wanita (ovum).
  • kesihatan prostat untuk lelaki.
  • untuk elak masalah mati pucuk dikalangan kaum lelaki.

Zinc Plus Untuk Tenaga Dan Stamina

  • untuk kekuatan otot dan daya ketahanan.
  • otot yang kuat dan sihat biasanya dikaitkan dengan protein, kalsium dan magnesium. Zink juga mineral yang penting membantu untuk kekuatan dan daya tahan otot.
  • zink bantu untuk memberi tenaga dan stamina.

Zinc Plus Untuk Kulit Yang Sihat

  • zink antara komponen yang penting untuk badan dan untuk kitaran hormon.
  • bantu untuk kawal hormon testosteron, yang mana akan menyebabkan penghasilan jerawat jika ianya tidak seimbang dan zink akan membantu secara langsung untuk elak masalah jerawat dan untuk kurangkan jerawat pada kulit.
  • untuk sokong sintesis kolagen.
  • bantu untuk elakkan pembiakan bakteria, mereka yang mempunyai liang pori terbuka sangat digalakkan ambil zink supaya dapat mengelak bakteria tumbuh pada liang-liang pori dan kurangkan risiko penghasilan jerawat.

No comments:

Post a Comment