PEMANSUHAN GST BERMULA SEPTEMBER 2018
Alhamdulillah harga produk Shaklee tidak naik seperti masa GST dulu. Masa GST diperkenalkan memberikan kesan kepada kami kerana harga Shaklee naik sebanyak 6% untuk semua produk Shaklee. Postage pun kena bayar 6%. Sepatutnya postage cuma rm10 sahaja tapi selepas ditambah GST ianya menjadi rm10.60.
Lega rasa apabila SST digunapakai semula di mana harga Shaklee kembali kepada asal. Shaklee tiada caj SST kerana caj SST cuma untuk pengilang sahaja jadi kita sebagai pengguna tidak dikenakan caj.
Tapi ada pihak yang salahgunakan kenaikan harga barang. Selepas GST dimansuhkan pun harga barang tetap naik. Ini membuatkan para pengguna rasa tidak berpuas hati.
Hari ni je meriah kat facebook mengatakan yang SST digunapakai semula bermula 1 September 2018 tetapi harga barang naik. Ada juga pengguna yang marah dan telah upload resit bayaran minuman dan makanan di Coffee Bean mengatakan mereka dikenakan 10% service charge. Mungkin masa GST dulu mereka ni tidak minum di Coffee Bean agaknya. Sedangkan sejak dari dulu memang ada service charge dikenakan di Starbuck, The Chicken Rice Shop, Pizza Hut, Dominos Pizza, Hotel-hotel dan restoran makanan yang ada menawarkan khidmat penghantaran ke meja.
Kerana terlalu taksub dengan politik ramai sanggup menambah dosa. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita terus terpelihara dari melakukan dosa dengan mudah.
Alhamdulillah.
ReplyDelete