Masakan Barat memang sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Malahan ada juga diantara kita yang menjadikan masakan Barat sebagai sumber pendapatan sebab ianya juga digemari oleh semua orang.
Nak tau tak herba apa yang sering digunakan didalam masakan barat? Mungkin anda ada gunakan didalam masakan harian anda.
7 HERBA POPULAR PENYEDAP MASAKAN BARAT
DAUN PARSLEY
Daun parsley ini biasanya digunakan sebagai hiasan (garnish) dan sebagai campuran dalam salad masakan barat. Ianya mempunyai aroma sederhana dan merupakan salah satu rempah khas masakan barat yang menjadi penyedap hidangan.
DAUN BASIL
Daun basil mempunyai aroma dan rasanya sangat segar. Ia biasanya boleh diperolehi secara kering atau segar di kebanyakan pasaraya. Daun basil dijadikan tambahan dalam masakan seperti pasta, sup, salad, ikan, ayam, daging dan banyak lagi.
DAUN PUDINA
Daun pudina memang tidak asing lagi dikalangan masyarakat Malaysia terutama sebagai hiasan masakan dan juga minuman. Ianya mempunyai aroma wangi dan segar. Rasa sejuk segar dari daun pudina terhasil dari kandungan mentol. Daun pudina juga sering dicampur dengan minuman.
DAUN TARRAGON
Daun Tarragon ni agak pelik dan jarang digunakan dikalangan masyarakat Malaysia. Ianya berbentuk panjang dan daunnya hampir sama dengan daun kangkung. Ia dikatakan boleh membangkitkan rasa untuk semua jenis masakan terutama makanan laut. Berbau tajam dan agak keras. Daun tarragon yang dicincang boleh digaul bersama mayonis untuk memberikan rasa lebih sedap.
DAUN ROSEMARY
Aroma rosemary sangat tersendiri. Di mana ianya dapat mengurangkan bau hanyir kambing dan ikan walaupun digunakan hanya sedikit sahaja. Rosemary boleh digunakan secara segar atau kering. Selain untuk kambing dan ikan, ianya boleh digunakan untuk hidangan ayam, daging, makanan laut dan makanan BBQ.
Bagi penggemar pizza dan pasta sudah pasti mengetahui apa kegunaan daun oregano ini. Ia merupakan bahan wajib didalam pizza. Selain pizza dan pasta ianya juga banyak disajikan didalam masakan Itali seperti salad, steak dan sup. Ia mudah diperolehi di pasaraya dalam bentuk serbuk kering mahupun segar.
DAUN DILL
Daun dill berbentuk panjang dan halus. Aromanya dikatakan dapat menghilangkan bau hanyir makanan laut. Ia banyak digunakan didalam sup, perasa dalam acar serta salad. Jika menggunakan daun yang segar aromanya lebih kuat.
Biasa guna parsley dan oregano untuk masakan. Yang lain belum pernah cuba lagi. Good info.
ReplyDeleteCara Kurangkan Sakit Tumit Tanpa Painkiller