4 Manfaat Asid Lemak Omega-3

ASID LEMAK OMEGA-3 LEMAK SIHAT BAIK UNTUK ANDA!

4 Manfaat Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan.

4 MANFAAT ASID LEMAK OMEGA-3

1. KESIHATAN JANTUNG

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.

2. FUNGSI OTAK

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakkan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:
  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
  • Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia atau nyanyuk.

3. KESIHATAN SENDI

EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
  • Mengurangkan keradangan dengan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artitis.
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.

4. KEHAMILAN

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:
  • Perkembangan otak dan fungsi imun.
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
  • Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
  • DHA adalah komponen utama retina. Penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. 

Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak. Suplemen Omega-3 yang dicadangkan adalah Omega Guard Shaklee.


Jika anda berminat ingin mencuba Omega Guard Shaklee boleh hubungi Cie melalui whatsapp. Klik saja 012.975.5310 atau klik gambar dibawah.


Share this article:

No comments:

Post a Comment