Cara Buat Kerepek Ngaku

KEREPEK NGAKU

KEREPEK NGAKU

Bila tiba Tahun Baru Cina memang akan muncul la Ngaku ni. Atau pun dipanggil juga Sengkuang Cina. Maka setiap tahun la juga Cie buat Kerepek Ngaku yang sangat mudah untuk dibuat ni. Tak perlu bahan yang banyak pun. Hanya guna minyak masak dan garam sahaja.


ni la rupa ngaku ataupun sengkuang cina. pastikan basuh bersih-bersih sebelum dibuang kulit

selepas dibuang kulit akan menjadi macam ni. 

sagat nipis-nipis. boleh juga guna peeler macam cie buat ni

panaskan minyak banyak dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan masak

selepas dah kekuningan angkat dan toskan minyak, kemudian taburkan garam
Siap dah Kerepek Ngaku atau Sengkuang Cina yang sangat mudah dibuat dan rasanya sangat enak sekali. Hanya setahun sekali sahaja berpeluang untuk merasa keenakkan kerepek ngaku. Buah ini hanya dijual sebelum masuknya tahun baru cina.
Share this article:

2 comments:

  1. musim ngaku kembali da ni.. tak pernah buat sendiri tapi pernah beli dan rasa. sedap jugala addicted lepas tu hihi..

    ReplyDelete