Breaking News

Saturday, 9 March 2019

Kerabu Telur Masin Dan Daun Selom

KERABU TELUR MASIN DAN DAUN SELOM


Hari tu ada nampak kawan kat facebook share gambar Kerabu Telur Masin. Cie memang suka segala jenis kerabu. Tak kisah kerabu apa asalkan kerabu memang Cie sangat suka makan. So Cie pun saja jela nak try buat. Senang je nak buat. Gigih la google resepi. Tapi yang jadinya resepi olahan sendiri je. Cie letak daun selom kebetulan ada banyak beli kat pasar.

Bahan-bahan Kerabu Telur Masin

Telur masin
Daun selom
Bawang besar
Serai
Bunga kantan
Tomato ceri
Cili padi
Limau kasturi
Sedikit garam (telur masin cie beli ni tak masin)



Cara Membuat Kerabu Telur Masin dan Daun Selom

1. Rebus telur masin sehingga masak. Kemudian kupas kulit, lenyek sedikit jangan sampai hancur.
2. Potong kecil-kecil daun selom.
3. Hiris bawang besar, serai, bunga kantan, serai, cili padi.
4. Potong 4 tomato ceri.
5. Gaulkan semua bahan dan perahkan limau nipis. Perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dimakan.

Siap dah Kerabu Telur Masin dan Daun Selom. Senang je nak buat. Rasanya memang sedap. Boleh la korang cuba resepi ni. Daun selom tu Cie saja tambahkan bagi meriah sikit kan. Hihi.

Popular Posts

Blog Archive