NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN | NIAT HARIAN DAN SEBULAN
ERTI PUASA:
Puasa Ramadhan ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari pada bulan Ramadhan.
HUKUM PUASA:
Wajib bagi semua umat Islam.
1 Ramadhan 1440H tahun ini jatuh pada 6 Mei 2019. Semua umat Islam seluruh dunia akan menunaikan Rukun Islam yang Ketiga. Umat Islam dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata kesat atau buruk, bertengkar, bergaduh atau semua perkara yang buruk.
Ini adalah kerana puasa dapat memupuk sikap kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri kita. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap mulia dalam diri kita.
NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN
Kita hendaklah berniat untuk menunaikan ibadah puasa. Niat tersebut tidak wajib dan tidak juga sunat untuk dibacakan dalam bahasa Arab. Memadai dibaca dengan apa-apa bahasa yang difahami. Namun begitu jika diamalkan dalam bahasa Arab dan niat cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad S.A.W dan bahasa Al-Quran.
BACAAN NIAT HARIAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
BACAAN NIAT SEBULAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
Marhaban Ya Ramadhan, bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyakkan ibadah. Dengan segala kerendahan hati, mohon maaf zahir dan batin. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.
Boleh klik Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1440H/2019M