Kacang Pistachio Walaupun Mahal Banyak Khasiat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 22 February 2020

Kacang Pistachio Walaupun Mahal Banyak Khasiat


Kacang Pistachio ni walaupun harganya agak mahal tapi ianya mempunyai banyak sangat khasiat. Mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau sedang mengamalkan pemakanan sihat amatlah disarankan untuk mengambil Kacang Pistachio dalam diet seharian untuk dijadikan kudapan (snacking).

Di pasaran banyak dijual Kacang Pistachio ini dengan pelbagai jenama. Oleh kerana harganya agak mahal membuatkan Kacang Pistachio ini kurang mendapat sambutan berbanding dengan kudapan lain. Tetapi jika anda mengetahui tentang khasiatnya sangat banyak sudah pasti anda tetap akan beli walaupun harganya mahal.

8 KHASIAT KACANG PISTACHIO

1. KACANG PISTACHIO BAGUS UNTUK MINDA

Kacang Pistachio mempunyai vitamin B6. Ianya boleh membantu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Apabila hemoglobon dalam darah dapat ditingkatkan, maka darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh badan termasuk otak. Jadi, orang yang makan Kacang Pistachio lebih mudah fokus dan memberi tumpuan dalam aktiviti seharian. Sangat elok diberikan kepada anak yang sedang belajar untuk makan kacang ini supaya mereka boleh lebih fokus dan ingat apa yang dipelajari dalam kelas.

2. KACANG PISTACHIO ELOK UNTUK RENDAHKAN GULA

Walaupun Kacang Pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi tetapi nilai Glycemic Index (GI) rendah dan ianya sesuai untuk pesakit diabetes makan kacang ini. Jumlah manfaat antioksidannya juga agak tinggi sekaligus boleh mengekalkan fungsi sel pankreas untuk menghasilkan insulin. Ini kerana proses penyerapan gula dalam darah boleh diperlahankan.

3. KACANG PISTACHIO TINGGI SERAT DAN PROTEIN

Kacang Pistachio sesuai dijadikan sebagai kudapan kerana kandungan kalorinya rendah. Selain itu kacang ini mengandungi serat dan protein yang tinggi. Ini akan membuatkan kita akan lebih cepat kenyang.

4. KACANG PISTACHIO UNTUK AWET MUDA

Kesan antioksidan daripada Kacang Pistachio ini boleh meneutralkan radikal bebas yang selalunya menjadi penyebab kepada kulit nampak tua. Kaang Pistachio memberi banyak manfaat pada kulit. Kadar asid lemak dalam kacang ini juga membantu menjadikan kulit lebih sihat.

5. KACANG PISTACHIO BANTU MASALAH ANEMIA

Zat besi dalam dalam Kacang Pistachio ini dapat membantu tingkatkan penghasilan sel darah merah. Ianya sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai masalah hemoglobin (HB) rendah.

6. KACANG PISTACHIO BANTU SISTEM PENGHADAMAN

Makan 30 gram Kacang Pistachio boleh membantu untuk bekalkan 3 gram serat dalam badan. Kadar ini ukup untuk memastikan sistem penghadaman dalam badan berfungsi dengan baik dan sekaligus boleh elak dari masalah sembelit.

7. KACANG PISTACHIO BANTU JANTUNG LEBIH SIHAT

Kacang Pistachio mengandungi asid amino L-arginin yang membantu mengelakkan darah tersumbat sehingga menghasilkan darah beku. Ianya boleh membantu menyumbang kepada kesihatan jantung. Jantung juga boleh menjadi lebih sihat apabila Pistachio yang dimakan membolehkan badan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

8. KACANG PISTACHIO SUMBER VITAMIN B6

Fungsi Vitamin B6 adalah untuk menghasilkan asid amino yang membina sistem saraf lebih sihat. Selain itu Vitamin B6 juga membantu membina sistem pertahanan badan daripada jangkitan penyakit.


PERINGATAN!!
Elakkan memakan Kacang Pistachio yang bergaram dan berperisa. Kebanyakkan Pistachio di pasaran sudah diperasakan dengan garam dan sudah diproses sehingga sudah hilang zat bermanfaat didalamnya. Memakan Kacang Pistachio yang diperasakan dengan garam boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Makanlah Kacang Pistachio yang segar.

No comments:

Post a Comment