Wednesday, 11 March 2020

Bahan-Bahan ResV dan Manfaat

BAHAN-BAHAN RESV | MANFAAT RESV



ResV diformulasi secara saintifik untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan mengekalkan keremajaan serta kehidupan yang bertenaga. Ia diperbuat daripada campuran proprietari, dengan gabungan polifenol semulajadi dan ekstrak botanikal dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun. Anggur Pomace, Delima, Chebulic Myrobalan, Anggur Hitam, Anggur Merah dan Lobak Ungu.

BAHAN RESV: ANGGUR HITAM



Anggur Hitam yang terdapat dalam ResV ni sangat kaya dengan nutrien dan penuh dengan Antioksidan, Polifenol dan Vitamin C. Ia membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh, melegakan sakit tekak dan selsema, mengalakkan kesihatan sistem saraf serta menyokong jantung yang sihat dan kuat.

BAHAN RESV: ANGGUR MUSCADINE



Anggur Muscadine juga terdapat dalam Vivix. Ia merupakan anggur luar biasa dengan satu kromosom tambahan. Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin. Sejenis polifenol yang terkenal. Mempunyai manfaat yang sangat baik iaitu menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal, mengeluarkan tenaga pada peringkat sel serta mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.

BAHAN RESV: BUAH DELIMA



Buah Delima penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid. Manfaatnya ialah menggalakkan penglihatan yang sihat, meningkatkan keanjalan salur darah serta mengurangkan keradangan.

BAHAN RESV: BUAH KADUKA



Buah Kaduka juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda" atau Chebulic Myrobalan menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik. Manfaatnya ialah menyokong kesihatan penghadaman, mengurangkan keradangan, menyokong paras gula darah yang sihat dan menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat.

BAHAN RESV: HAMPAS ANGGUR DAN ANGGUR MERAH



Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin di mana ia menawarkan kuasa antioksidan yang hebat. Manfaatnya membantu mengawal tekanan darah, membantu mengurangkan keradangan serta melindungi daripada penyakit degenerasi-neuro.

BAHAN RESV: JAPANESE KNOTWEED



Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol. Mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif, menggalakkan kadar keradangan yang sihat, meningkatkan peredaran darah serta merencatkan pergumpalan platelet darah.

BAHAN RESV: LOBAK UNGU


Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik. Manfaatnya menggalakkan penglihatan yang sihat, meningkatkan keanjalan salur darah serta mengurangkan keradangan.

Bahan-bahan yang digunakan sangat premium dan berkualiti tinggi. Merupakan campuran polifenol unik yang berasaskan 7 bahan semulajadi yang telah terbukti melalui pelbagai kajian klinikal memberikan kesan positif terhadap penuaan sel. 


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH






3 comments: