Friday, 12 March 2021

Bonus Pertama Bisnes Shaklee

 RUGI JADI DISTRIBUTOR SHAKLEE

Bonus Pertama Shaklee


Ye korang memang rugi sangat kalau jadi distributor Shaklee lama-lama.

Cie join Shaklee Oktober 2012 then Disember 2012 terus decide untuk buat bisnes sebab Cie nampak yang bisnes Shaklee ni adalah bisnes yang sangat menjamin.

Sebelum tu join untuk makan sendiri je. Cie masa tu ada bisnes barangan baby & bisnes jual baju perempuan. Memang nak cari side income tu yang macam-macam bisnes ku buat.

Tapi tak bertahan lama buat bisnes tu sebab dah jumpa bisnes yang terbaik. Bisnes yang banyak masalah dari untung. So better stop dan fokus kepada bisnes yang menguntungkan.

Cie study marketing plan Shaklee, compensation plan yang Shaklee offer memang lain dari yang lain. Menguntungkan sungguh. Memang tak salah buat pilihan.

Bonus pertama Cie masa start buat bisnes tu RM255.97. Terus rasa macam wooowww sangat bisnes Shaklee ni. Masa tu mana la ada whatsapp macam sekarang, IG pun biasa-biasa je tak berapa nak pandai. Harapkan FB jela.

Kelebihan Cie memang ada blog sebelum buat Shaklee lagi so pulun la buat entry tentang Shaklee. Gigih kekadang tu tak tidur semalaman. Blog ni membantu bila orang google akan keluar la blog kita.

Betul-betul harapkan FB dan blog je sales Cie. Lepas tu flyers edarkan kat semua tempat. Dapat jugak cust dari edaran flyers.

Februari 2013 mak Shaklee tanya nak tak rank up Supervisor bulan tu. Ku laju je kata nak. Alhamdulillah berkat pertolongan mak Shaklee berjaya la dapat bonus sebagai Supervisor RM1971.21.

Berganda naik dari distributor biasa je 3 angka bonus. Terus zassss rank up leader bonus 4 angka.

Sebab tu Cie selalu cakap kat team SR Millionaire jangan jadi distributor lama-lama rugi. Korang boleh dapat bonus 4 angka kenapa nak 2-3 angka je sebulan. Cuma kena usaha la sikit.

Bisnes zaman dulu dan zaman sekarang sangat banyak perubahan. Teknologi semakin berkembang pesat. Kita baru nak belajar benda tu, benda lain pulak muncul. Terlalu cepat.

Perjalanan bisnes Cie tak la mudah. Banyak halangan Cie terpaksa tempuh. Jatuh bangun tergolek terbaring terlentang semua ada tapi alhamdulillah masih setia dengan bisnes Shaklee.

Bila dah mulakan tak boleh nak berhenti macam tu saja. Kena teruskan sampai habis. 

Bak kata pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. 'Alang-alang buat Shaklee biar sampai jadi Master Coordinator'.

Jom korang join my team. Kita buat sampai jadi. Bisnes ni tak menjanjikan bulan bintang, tak menjanjikan bonus yang korang akan dapat sama apa yang Cie dapat. 

Semuanya bergantung kepada usaha korang. Rajin berusaha, follow je apa upline ajar, rajin belajar InsyaAllah semuanya boleh berjaya!

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH







3 comments:

  1. wahhh banyak beza bila dah jadi supervisor. tahniah Cie!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat bonus.

    ReplyDelete
  3. shida dulu pernah jadi ahli..pastu x aktif da ^_^

    ReplyDelete