Wednesday, 9 June 2021

Resepi Ikan Patin Asam Gelugor

 RESEPI IKAN PATIN

Resepi Ikan Patin Asam Gelugor

Lama dah sebenarnya tak share resepi masakan kat blog ni. Hari-hari masak menu yang simple je. Resepi masakan Cie semuanya yang simple dah mudah disediakan. Yang tak pandai masak pun boleh je try sebab senang sangat.

Untuk resepi ni biasa orang buat Ikan Patin Masak Tempoyak kan. Tu dah biasa kali ni Cie nak share yang maybe tak ramai orang buat. Memang simple sangat-sangat. Sesuai untuk mereka yang takde masa yang lama nak duduk kat dapur.

BAHAN-BAHAN IKAN PATIN ASAM GELUGOR

Ikan Patin - kalau tak makan Ikan Patin boleh tukar ayam atau ikan lain
Daun Kesum
Air
Serbuk Kunyit
Asam Gelugor
Perencah Maggi Cukup Rasa

Bahan Tambahan Kalau Nak Letak:
Bunga Kantan
Cili Padi - tumbuk (Cie tak letak anak tak makan pedas)

CARA MASAK IKAN PATIN ASAM GELUGOR

Masukkan air, serbuk kunyit, asam gelugor, daun kesum, perencah maggi cukup rasa ke dalam kuali atau periuk. Agak-agak la besar mana tengok kuantiti ikan korang tu. Bahan-bahan tu pun agak-agak jela Cie memang takde sukatan main letak je.

Bila air dah mendidih tu masukkan je ikan lepas tu terbalikkan la kalau sebelah dah masak. Bila ikan dah masak siap. Senang je nak masak. 

Kalau nak masuk bunga kantan dan cili padi tu masukkan sekali semua bahan tadi sebelum masuk ikan. 


Rasa Ikan Patin Masak Asam Gelugor ni lebih kurang je dengan Ikan Patin Masak Tempoyak tu ada rasa masam-masam jugak. Cie lebih suka masak camni hirup kuah tu fuhhhh tak pandang kiri kanan dah.

Selamat Mencuba!


2 comments:

  1. Sedapnya ikan patin masak begini. Bubuh kuah banyak-banyak atas nasi bagi banjir...perghhh!

    ReplyDelete