Monday, 14 June 2021

Resepi Pucuk Rebung Goreng

 PUCUK REBUNG GORENG

Resepi Pucuk Rebung Goreng

Biasanya pucuk rebung ni sedap dibuat masak lemak. Kalau orang Pahang masak tempoyak dengan ikan patin atau ayam. Cie tau masak pucuk rebung goreng ni dulu mak selalu buat. Memang best. So jomla Cie share dengan korang resepi Pucuk Rebung Goreng ni boleh la pelbagaikan resepi.

RESEPI PUCUK REBUNG GORENG

BAHAN-BAHAN PUCUK REBUNG GORENG

Pucuk Rebung
Bawang Besar
Cili Padi
Ikan Bilis
Perencah Maggi Cukup Rasa
Minyak Masak

CARA MEMASAK PUCUK REBUNG GORENG

  1. Tumbuk cili padi, bawang besar, ikan bilis sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan pucuk rebung dan sedikit air. Biarkan sehingga pucuk rebung empuk dan air kering.
  4. Perasakan dengan perencah maggi cukup rasa.
  5. Siap.
Senang je. Cili padi tu kalau taknak pedas tak payah letak. Cie suka pedas-pedas sikit. Anak tak makan so boleh la buat pedas sikit. Ratah macam tu je pun sedap.

Try la buat memang sedap. Pelbagaikan resepi. Kalau tak pernah makan boleh la try. 







2 comments: