Thursday, 8 July 2021

Cara Buat Kari Ayam Simple

 RESEPI KARI AYAM SIMPLE

Cara Buat Kari Ayam Simple


Hari ni tiba-tiba rajin pulak nak share CARA UNTUK BUAT KARI AYAM YANG SIMPLE je. Orang yang bekerja ni selagi boleh nak masak yang simple je asalkan ada hidangan untuk family makan. Yang penting cepat siap. 

Yela balik kerja dah penat nak uruskan rumah lagi, nak bisnes lagi jadinya memang kena masak yang simple dan cepat jela. Anak-anak pulak jenis suka makan makanan yang berkuah. Kena la layan selera anak-anak.

So jom Cie share RESEPI KARI AYAM SIMPLE yang semua orang boleh masak. Bahan pun senang sangat. Lain orang lain cara. Ikut la cara yang mana mudah untuk kita sediakan dan sedap dimakan.


BAHAN-BAHAN KARI AYAM SIMPLE

Cara Buat Kari Ayam Simple


Cara Buat Kari Ayam Simple

Simple je kan bahan yang Cie gunakan semuanya bahan yang ada kat rumah je. Daun kari pun petik dalam pasu je. Sukatan tu agak-agak jela.


Ayam
Santan
Bawang Besar - hiris
Bawang Putih - hiris
Daun Kari
Serbuk Kari
Serbuk Cili
Perencah Maggi Cukup Rasa
Air
Minyak Masak

CARA MEMBUAT KARI AYAM SIMPLE

Cara Buat Kari Ayam Simple
Panaskan minyak ikut la banyak mana pun tak reti jugak nak anggarkan

Cara Buat Kari Ayam Simple
Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari. Ada orang suka tumbuk tapi sebab resepi kita ni Kari Ayam Simple jadi kita hiriskan je bawang tu

Cara Buat Kari Ayam Simple
Macam dah agak kuning bawang, masukkan serbuk kari ayam ni pun agak-agak jela sesedap rasa

Cara Buat Kari Ayam Simple
Serbuk cili ni option je kalau takde boleh skip. Petua nak bagi kari nampak merah sikit so takdela pucat lesi bila masuk santan nanti

Cara Buat Kari Ayam Simple
Kacau-kacau sikit jangan bagi hangit je rempah-rempah tu
Cara Buat Kari Ayam Simple
Dah agak macam garing sikit masukkan sedikit air 


Cara Buat Kari Ayam Simple
Biar sampai mendidih macam ni

Cara Buat Kari Ayam Simple
Next masukkan ayam ni pun agak-agak la seisi keluarga nak makan

Cara Buat Kari Ayam Simple
Bila dah masukkan tu kacau sikit bagi sebati segala rempah tu

Cara Buat Kari Ayam Simple
Masukkan lagi air bagi cepat masak ayam tu

Cara Buat Kari Ayam Simple
Dah agak ayam masak dan dah mendidih perasakan dengan perencah maggi cukup rasa. Cie masak kurang pakai garam. Kalau korang tak makan perencah boleh la letak garam

Cara Buat Kari Ayam Simple
Akhir sekali masukkan santan agak-agak jela sukatannya

Cara Buat Kari Ayam Simple
Kacau sekejap dan tunggu sampai kuah mendidih so boleh tutupkan api

Siap dah Kari Ayam Simple kita yang sesuai dimakan dengan nasi, roti, roti canai dan banyak lagi la. Senang je nak buat. Orang yang malas masak dan tak pandai masak pun boleh je masak guna resepi ni senang sangat kan.

Boleh klik sini kalau nak tengok video : Cara Buat Kari Ayam Simple

Selamat mencuba

5 comments:

  1. Sedap tu, tq sharing. Boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  2. Feveret saya ni kari ayam..yummy

    ReplyDelete
  3. Ehoaat.. nampak menyelerakan tu

    ReplyDelete
  4. Sama la cara kita masak kari ayam...pakai santan kotak je...PKPD ni siap2 beli santan banyak2..senang

    ReplyDelete