Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 22 August 2021

Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9

 PERDANA MENTERI MALAYSIA | KE 9

Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9

TAHNIAH diucapkan kepada YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB yang telah dilantik sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 9 dan telah mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.

Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9

Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9

Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 9

Sekali lagi anak Pahang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berikut merupakan BIODATA PERDANA MENTERI MALASIA YANG KE 9.

NAMA: Ismail Sabri bin Yaakob
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1960
TEMPAT LAHIR: Temerloh, Pahang

PENDIDIKAN:
  • Sarjana Muda Undang-undang (LLB) Universiti Malaya (UM) - 1980
  • Tingkatan 6 di Jaya Akademik
  • Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang - 1976
  • Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang - 1973
  • Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang - 1967
KELUARGA:
  • Mendirikan rumahtangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
  • Mempunyai 4 cahaya mata. 1 orang anak perempuan dan 3 orang lelaki iaitu
    • Nina Sabrina
    • Gadaffi atau lebih dikenali dengan Dafi AF
    • Nashriq
    • Iqbal
KERJAYA:
  • 1985 - Peguam
  • 1995 hingga 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan
  • 2008 hingga 2009 - Menteri Belia dan Sukan
  • 9 April 2009 hingga 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • 2013 hingga 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 2015 hingga 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • 12 Mac 2020 -Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
  • 7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia
AKTIVITI / KEGIATAN LUAR / LANTIKAN LEMBAGA PENGARAH
  • 1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
  • 1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
  • 1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia
  • 1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
POLITIK
  • 1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
  • 1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
  • 1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
  • 2001 - Timbalan Ketua Bahagian
  • 2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang
ANUGERAH
  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
  • Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
  • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
  • Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

Semoga Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan sebaiknya memandangkan negara kita sedang berperang melawan Covid-19.

No comments:

Post a Comment