Cheese Naan Frozen

 CHEESE NAAN FROZEN BRAND KAWAN

Cheese Naan Frozen


Sebenarnya lama dah teringin nak makan Cheese Naan ni. Kebiasaannya Cheese Naan ni kedai mamak je ada jual. Takdela jumpa kat kedai melayu. Cie pulak memang tak makan kat kedai mamak.

Kebetulan semalam pergi beli barang dapur. Duk tengok kat frozen section tu ternampak la Cheese Naan Frozen ni apa lagi terus la ambik je. Dalam 1 peket ni ada 3 keping. Nak try je so ambik jela 1 peket cukup la.


Cheese Naan Frozen
tengok gambar pun dah nampak menyelerakan

Cheese Naan Frozen
besar jugak sekeping tu kenyang la makan

Cheese Naan Frozen
ada 2 cara untuk masak

Cheese Naan Frozen
bakar dalam oven

Cheese Naan Frozen
goreng dalam kuali

Cheese Naan Frozen
cie masak dalam non stick pan je

Cheese Naan Frozen
siap dah kejap je

Cheese Naan Frozen
tapi tak berapa cair cheese kat dalam sebab dah sejuk agaknya atau tak berapa cair kalau dalam non stick pan

Pagi tadi terus buat makan dengan Sardin Goreng. Tapi tak cair sangat cheese tu. Next time nak try panaskan dalam oven pulak. Sedap jugak Cheese Naan ni. Si kakak suka makan. Dia makan macam tu je tak cicah apa-apa.

Senang la nak makan lepas ni dah ada yang frozen. Boleh standby je dalam peti. Bila-bila nak makan panaskan je. Sebelum ni pernah la try buat sendiri. Punya la nak makan. 

Post a Comment

2 Comments

  1. tak pernah try lagi, x tau plak yg jenama kawan ni ada. boleh try nanti. Kena panaskan guna oven kot

    ReplyDelete