Wednesday, 17 November 2021

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating

 ERYA BY SURIA CHERATING 

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating

Dah sebulan kisah percutian di Erya By Suria baru nak cerita. Malas betul nak buka laptop. Ni pakai tab je line maxis pulak macam hampeh. Bertabah jela. 

Actually ni kali yang ke berapa dah sebenarnya stay Erya ni. Dari namanya Suria Cherating Beach Resort lagi. Kursus pun pernah kat sini. Lokasi strategik dekat dengan pantai.

Tapi kali ni macam kurang memuaskan pulak stay kat situ maybe sebab baru buka setelah lama tak berpenghuni sewaktu PKP. Cie pilih stay situ sebab dekat dengan pantai dan nak ke Kemaman pun dekat.

Kebetulan lepas dah booking tu baru kerajaan umumkan dah boleh rentas negeri memang sesuai sangat la stay kat Erya By Suria Cherating dekat nak ke Kemaman.

Bilik kami dapat tu pintu susah nak buka. Masa mula masuk tu jenuh kena tolak kuat. Sebelah petang kami keluar makan ke Kemaman. Masa naik bilik nak buka pintu tak boleh. Ingatkan tersalah bilik sebab husband tak bawak card holder yang ada nombor bilik tu. Siap panggil maintenance datang rupanya kena tendang sikit baru boleh buka.

Bukan tu je lampu kat toilet pun kelip-kelip. Taktau la pihak hotel check ke tak bilik sebelum ready untuk check in. Malas nak complaint sebab fikir nak tidur je stay situ. Tak banyak masa ada kat bilik pun.

Dah la agak frust masa check in macam tak sistematik langsung. Cie ni beratur la belakang orang yang ramai tu. Sampai je kat receptionist dia tanya nak ambik kunci ke. Cie kata la nak check in. Dia suruh pi sebelah pulak untuk isi borang, scan my sejahtera lepas dah settle tu kena beratur semula tempat tadi untuk ambil kunci. Oh my god!

Kaunter tu memanjang. Receptionist tu berdiri sebelah menyebelah. Tanpa ada any signage atau note mengatakan kena isi  borang sebelah kanan tu. Kalau ikut logik memang kita akan beratur di barisan yang panjang tu la sebab first sekali kita sampai terus masuk barisan tu. Yang sebelah kanan tu takde yang beratur pun.

Ada la juga senasib dengan Cie masa tu dah sampai depan kena pulak ke sebelah semata-mata nak isi borang dan kena beratur semula. Betul-betul sistem yang worst. Menyusahkan orang je.

Cie tak ambik bilik sekali breakfast. Beza harga banyak jugak. Nasib la tak ambik. Rupanya breakfast mereka akan serve ke bilik dan lebih malang lagi menu tak boleh pilih. Better makan kat luar je lagi murah. Kesian la yang bawak family tu terpaksa makan je apa yang dihantar. Cie memang plan nak picnic tepi pantai tu yang tak ambik breakfast.

Kesimpulannya lepas ni akan fikir banyak kali la nak stay sini ke tak. Hihihi. Kalau takde pilihan terpaksa la. Sayang la resort tu tepi pantai je. Nama dah upgrade patutnya facilities pun kena la upgrade jugak. 

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
bedsheet pun macam ada kesan kotor tak hilang

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
view dari tingkap bilik takde balkoni. tingkap pun tak boleh buka

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
kerusi pun nampak klasik je

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
tengok la tv tu. haha. rasa takde dah hotel pakai tv gemok camni

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
view dari koridor

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
wardrobe pun nak roboh dah

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
tengok pantai tenang je

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
anak-anak paling excited dapat mandi pantai

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
asyik mintak nak pergi pantai je

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
view awal pagi

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
menu picnic kami lagi berbaloi dari ambik breakfast hotel

Pengalaman Menginap di Erya By Suria Cherating
pagi-pagi dah berendam

Sekian percutian singkat kami sekeluarga. Agak lama jugak tak ke mana-mana tak boleh rentas daerah dan negeri. Sebelum ke Cherating kami stay di The Zenith Kuantan.

1 comment: