Percutian Singkat Ke Utara - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 18 December 2021

Percutian Singkat Ke Utara

BERCUTI KE UTARA BULAN NOVEMBER 2021

Percutian Singkat Ke Utara


NOVOTEL HOTEL TAIPING PERAK

Hotel Novotel Taiping Perak


Ni merupakan kali kedua Cie menginap di Novotel Hotel Perak. Kali pertama pada tahun 2020. Kali ni pun pergi bersama keluarga mertua. Mak mertua nak balik melawat ibu kandungnya di Sungai Dua Penang.

Kami bertolak selepas maghrib 19 November tu. Lepas balik kerja settle apa yang patut dulu kat rumah. Siap solat baru bertolak.

2 pagi baru sampai hotel terus check in. Family yang lain petang dah check in. Banyak persinggahan tu yang lewat sampai. On the way pun hujan non stop.

Kami stay selama 3 hari 2 malam. 

Hotel Novotel Taiping Perak
sampai hotel 1.57am tengah tunggu husband ambil kad bilik je


Hotel Novotel Taiping Perak
sampai bilik semua kepenatan dah


Hotel Novotel Taiping Perak
macam-macam ada dalam bilik. ada fridge, coffee & tea, air mineral


Hotel Novotel Taiping Perak
abang ipar book katil king memang tak muat la kami tidur 4 beranak. selalunya kalau book sendiri memang pilih single bila gabungkan muat la tidur sekali atas katil


Hotel Novotel Taiping Perak
shower best air laju je


Hotel Novotel Taiping Perak
view dari tingkat 13


Hotel Novotel Taiping Perak
toilet bersih


Hotel Novotel Taiping Perak
jangan terkejut ni bukan free show. hahaha. boleh tutup bidai tu.


Hotel Novotel Taiping Perak


Hotel Novotel Taiping Perak
husband tidur atas sofa tu jela


Hotel Novotel Taiping Perak
office table pun ada


Hotel Novotel Taiping Perak
toilet ammenities pun complete


Hotel Novotel Taiping Perak
2 beradik ni pelik tengok bidai tu boleh tarik. hahahah


Hotel Novotel Taiping Perak
tak sempat pun nak membancuh air bagai


Hotel Novotel Taiping Perak
syok ada iron dan iron board dalam bilik


Hotel Novotel Taiping Perak


Hotel Novotel Taiping Perak
belanja la gambar kami hari kedua. hihi

Hotel Novotel ni terletak di atas Taiping Mall. Jadinya kalau stay sini boleh la jalan-jalan di dalam mall. Kami tak sempat pun nak jalan-jalan.

GEORGE TOWN KOPITIAM TAIPING

Cie cuma sempat breakfast je dengan anak-anak hari last sebelum check out kat George Town Kopitiam betul-betul dalam Taiping Mall ground floor. Masuk je terus nampak.

George Town Kopitiam Taiping Mall


George Town Kopitiam Taiping Mall


George Town Kopitiam Taiping Mall


George Town Kopitiam Taiping Mall

Walaupun dah 2 kali stay kat Hotel Novotel Taiping ni, Cie masih belum berkesempatan nak jalan-jalan kat mall. Tak stay sangat kat hotel. 

KEDAI MAKAN MAKTOK SUNGAI DUA, PULAU PINANG

Hari kedua tu pagi-pagi lagi dah gerak ke Penang rumah maktok suami. Sampai petang kat sana. Lunch pun kat Penang kedai makan makcik suami. Kalau korang area Sungai Dua singgah la makan sana memang best. Nasi campur dengan pelbagai jenis menu ada. Rambang mata dibuatnya. Sampai lupa snap gambar makanan buffet.

kedai makan mak tok sungai dua
tak muat nak letak lauk dalam pinggan tu yang letak sayur je. kangkung goreng dan ulam


kedai makan mak tok sungai dua
ikan pari air asam dan ikan keli berlada. memang serius best ratah lauk je. nasi memang makan sikit je

kedai makan mak tok sungai dua
orang bisnes macam ni la kat mana-mana selit masa nak reply customer, nak buat marketing, nak coaching team


kedai makan mak tok sungai dua


Dah siap lunch baru singgah rumah maktok. Dekat je Kedai Makan Maktok Sungai Dua tu dengan rumah maktok. Berehat sekejap kat rumah maktok lepas tu bergerak ke Ikea Batu Kawan untuk berjumpa kakak dan anak buah pulak kebetulan kakak balik rumah mertua dia.

IKEA BATU KAWAN, PULAU PINANG


ikea batu kawan penang
Cie bersama kakak, anak buah, anak-anak

ikea batu kawan penang
minum petang kat ikea. setahun dah tak berjumpa

ikea batu kawan penang
minum petang sambil berborak

menyempat lagi sambil berjalan sambil wefie geng gegirl

ikea batu kawan penang
sebelum makan kena wefie dulu

ikea batu kawan penang
last sebelum balik

Alhamdulillah percutian yang singkat dapat spend time dengan family. Sampai hotel dah malam lepas tu berehat kejap kat hotel. Malam bersiap-siap keluar beli barang di AEON Taiping pulak.

LAKSA POKOK LIMAU, KUALA KANGSAR PERAK


Esoknya pulak lepas check out terus ke Kuala Kangsar melawat saudara mara mak mertua. Singgah makan laksa. Katanya famous di situ. Laksa Pokok Limau. For me biasa je kuah dia pun tak memenuhi citarasa.

laksa pokok limau kuala kangsar
Laksa Pokok Limau Kuala Kangsar


laksa pokok limau kuala kangsar
laksa telur sarang tambah telur rebus

Sebelah petang dah gerak balik Pahang. Naik je highway hujan dan jalan jem. Memang bosan jugak la sepanjang perjalanan. Tamat la percutian singkat kami dari 19 November 2021 hingga 21 November 2021.



2 comments:

  1. Best jugak Novotel ni. Bilik air dia bersih betul. seronok bercuti dapat jumpa family jugak. Lama tak jumpa lepas rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul memang bersih pun kemas je. syok repeat stay situ kalau ke Taiping lagi.

      Delete