Ayam Goreng Kicap Daun Kari

 AYAM GORENG KICAP DAUN KARI

Ayam Goreng Kicap Daun Kari

Hari ni menu Dinner Cie try menu baru. Masak setiap hari sampaikan takde idea dah nak masak apa. Kebetulan minggu ni memang busy revised resepi piawai kat office tu yang terolah resepi ni.

Taktau nak bagi nama hentam saja la asalkan sedap. Memang sedap la resepi ni boleh repeat lagi nanti. Nak masak pun senang je. Cie nak share resepi tapi takde sukatan spesifik sangat agak-agak je.

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG KICAP DAUN KARI

8 ketul ayam (potong sederhana)
4 sudu tepung jagung
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1/2 biji bawang besar potong bulat
Sedikit halia potong halus
1/2 biji tomato potong 6
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Sedikit daun kari
Minyak masak

CARA MEMBUAT AYAM GORENG KICAP DAUN KARI

  1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung.
  2. Panaskan minyak penuh untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan 2 sudu minyak. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang besar kisar hingga garing. 
  4. Masukkan daun kari. Kacau seketika.
  5. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan bawang besar dan ayam. Kacau rata.
  7. Masukkan tomato, kacau.
  8. Siap.

Dah siap resepi mudah Ayam Goreng Kicap Daun Kari. Resepi lebih kurang Ayam Kungpao je ni cuma tak letak cili kering goreng tu je.

Post a Comment

0 Comments