Mokti Ais Krim Gula Apong Raub

Ais Krim Gula Apong Di Raub 

Mokti ais krim gula apong

Semalam masa lalu Raub singgah la nak merasa ais krim gula apong yang ramai orang duk makan tu. Kita pun teringin la juga nak merasa. Sampai Raub pun dah 6 lebih nasib baik buka lagi rezeki la nak merasa.

Fakta Berkenaan Gula Apong

Gula Apong merupakan sejenis produk gula yang diperbuat dari nira nipah yang sangat popular di Sarawak. Di Semenanjung pula dikenali sebagai gula melaka.

Memang kreatif jugak la dari gula apong boleh dijadikan ais krim yang sedap. Dicampur pula dengan pelbagai perisa dan bahan tambahan menjadikan ais krim ni tersangat sedap untuk dinikmati terutama ketika cuaca panas. Memang sejuk la tekak.


Mokti ais krim gula apong
Ramai peminat ais krim gula apong ni kena beratur

Mokti ais krim gula apong
Kat Mokti's ni pun ada air jugak. Cie beli Machiapong sedap. Next time nak try yang lain pulak

Mokti ais krim gula apong
Antara ais krim yang terdapat di Mokti's

Mokti ais krim gula apong
Kakak dah tak hairan nak selfie. Sedap makan ais krim lagi

Mokti ais krim gula apong
Harga untuk ais krim dan air yang Cie beli

Mokti ais krim gula apong
Baby Bob Apong Asli ada boba dan cornflakes

Mokti ais krim gula apong
Air Machiapong ada kopi, susu, karamel, ais krim

Mokti ais krim gula apong
Selfie sementara tunggu order siap

Ais krim dan air kedua-duanya sedap. Next time boleh cuba menu lain pulak. 

Lokasi kedai Mokti's Ais Krim Gula Apong Raub sebaris dengan Watson dan berdekatan menara jam.

Post a Comment

2 Comments