Produk Baru Shaklee: Life Shake Matcha - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 20 January 2022

Produk Baru Shaklee: Life Shake Matcha

 Life Shake Mixed Soy Protein With Matcha

Life shake mixed soy protein with matcha

Life Shake Matcha ni merupakan produk baru yang akan masuk Malaysia tak lama. Tapi hanya dalam tempoh terhad sahaja. Jika dah habis dah takde dah. So memang kena dapatkan jugak la untuk merasai sendiri rasa sebenar perisa baru Life Shake Matcha ni. Tak sabar nak rasa. Banyak manfaat Life Shake Matcha ni yang dikongsikan oleh Nutritionist Shaklee.


PERBEZAAN ANTARA TEH HIJAU DAN MATCHA

PERBEZAAN ANTARA TEH HIJAU DAN MATCHA

SEJARAH MATCHA

Perkataan Matcha berasal daripada bahasa Jepun.
Ma - diterjemahkan disapu atau dihancurkan
Cha - bermaksud teh

Berasal daripada Dinasti Tang China dan tersebar luas di Jepun pada abad ke-14 hingga ke-16. Juga pernah dikenali sebagai penawar yang abadi. Secara tradisinya, ia digunakan untuk menggalakkan tenaga yang berterusan dan ketajaman mental.

Ia dihidangkan semasa upacara majlis teh Jepun (juga dikenali sebagai cara minum teh atau Chado) kerana kesannya yang tenang.

KANDUNGAN NUTRIEN MATCHA

  • Asid Amino (L-theanine) - meningkatkan fokus, memberikan ketenangan
  • Klorofil - detoksifikasi
  • Kafien - meningkatkan kepekaan, meningkatkan tahap tenaga
  • Catechins (EGCG) - aktiviti antioksidan yang kuat, agen anti-radang
  • Asid Fenolik - antioksidan untuk mengelakkan kerosakan selular daripada radikal bebas
  • Flavonoids - rutin, quercetin. Untuk kesihatan secara keseluruhan


MANFAAT KESIHATAN MATCHA

Meningkatkan Fungsi Kognitif dan Kesihatan Otak
  • Menggalakkan Ketajaman mental, ketenangan dan fokus.
  • Mengurangkan inflamasi  neuron, menghalang penuaan otak.
Meningkatkan Tenaga
  • Memberikan tenaga yang bebas daripada rasa gemuruh dan meningkatkan kepekaan dengan meningkatkan pengeluaran adrenalin.
Antioksidan dan Agen Anti-keradangan
  • Kaya dengan antioksidan, bertindak sebagai pemburu radikal bebas.
  • Menyekat penghasilan cytokine dan enzim yang berkaitan dengan keradangan.
Pengurusan Berat dan Metabolisme
  • Meningkatkan penggunaan tenaga dan mempercepatkan metabolisme lemak
  • Menghalang penyerapan lemak dan glukosa.
Jantung Yang Sihat
  • Menghalang pengoksidaan LDL dengan mengurangkan tekanan oksidatif.
  • Memperkukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti saluran darah.
Detoksifikasi
  • Membersihkan dan melancarkan aliran darah, buah pinggang dan hati.
  • Menyokong proses detoksifikasi hati.

Life Shake Mixed Soy Protein With Matcha



KEISTIMEWAAN LIFE SHAKE MATCHA

  • 3 jenis protein bukan-GMO : protein soya isolate, protein soya pekat, protein nasi
  • Mengandungi 16g protein
  • Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral
  • Kandungan antioksida yang tinggi daripada ekstrak Matcha
  • Mengandungi 6g serat
  • Ditambah dengan prebiotik - fruktooligosakarida rantaian pendek (FOS)
  • Indeks Glisemik Rendah
  • Tambahan 2500mg leusin
  • Serbuk Matcha - 1120mg setiap hidangan
  • Tanpa perasa, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan


MANFAAT LIFE SHAKE MATCHA

  • Membekalkan tenaga
  • Rasa kenyang yang lebih lama
  • Boleh dijadikan hidangan gantian
  • Menyokong kesihatan sel dan perlindungan sel badan
  • Meningkatkan kesihatan kolon
  • Sistem penghadaman yang sihat
  • Menyokong kesihatan tahap gula dalam darah
  • Menyokong penurunan berat badan; mengekalkan kesihatan otot
  • Memberi ketenangan dan mood yang lebih baik
  • Boleh diambil pada bila-bila masa, terutama pada waktu siang

MASA TERBAIK UNTUK MINUM LIFE SHAKE MATCHA

Pagi
  • Beri tenaga
  • Membantu fokus seharian
Sebelum / Selepas Bersenam
  • Untuk pemulihan otot, bina otot dan kekalkan otot
Bila-bila Masa Alami Saat Gemuruh
  • Beri ketenangan dan rasa relaks
Malam (Makan Malam)
  • Sebagai ganti hidangan makanan
  • Membantu kurangkan kalori harian


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH


3 comments: