Iron Steam Philips Rosak

 IRON PHILIPS | TUKAR HOSE

Iron steam philips rosak

Bulan April hari tu iron steam Philips Cie ni rosak. Masa on je iron tu akan trip 1 rumah. Macam pelik jugak la dah kenapa kan. Masa tu belum tau punca. Bila on je akan trip.

Ada 1 hari tu tergerak hati nak membelek hose. Rupanya dah tersengih keluar dah wayar-wayar dalam tu. Tu la punca kenapa jadi trip. Allahuakhbar memang Allah nak jaga betul la. Kalau la guna jugak for sure boleh terbakar terus atau boleh terkena renjatan elektrik. Alhamdulillah Allah sayang.

Iron steam philips rosak



Cie pun tanya kat kawan agen Amway. Dia kata boleh bawak pi Philips Centre untuk tukar hose tu. Kalau google ada centre di Temerloh dan Kuantan. Masa raya hari tu try la pi tengok kat Temerloh tu rupanya dah tutup. Masa husband ada kerja di Kuantan terus la tanya kat centre dan katanya tukar hose tu kos RM160. Kalau masih ada warranty maybe free la kot. Cie beli dah lama rasanya tahun 2017. Memang dah habis la warranty.

14 Jun hari tu husband bawak iron tu untuk hantar ke centre dan terus repair siap terus. Rupanya bukan hose cord tu je yang kena tukar, ada part lain pun kena tukar jugak. Centre tu kata jantung. Part dalam tank tu. Kalau tak tukar jantung tu iron takde steam. Akan jadi biasa je.

So bertambah la kosnya bukan lagi RM160. Total cost repair RM450. Kebetulan bonus Shaklee masuk. Maka pejam mata jela keluar duit untuk bayar kos repair. Asalkan elok boleh pakai tak kesah la kena keluar duit tu.

Iron steam philips rosak
Ni la kos kena tukar tu


Nasib baik ada extra income boleh la guna waktu kecemasan. Tengah bulan pulak tu kan. Biasanya duit memang dah tinggal ngam-ngam je sementara nak tunggu gaji masuk hujung bulan. Alhamdulillah rezeki.

Iron steam philips rosak
Alhamdulillah dah boleh guna


Nak guna iron yang mahal kena bertabah la nak kena keluar duit untuk kos pembaikan. Memang begitu la kan. Cie suka guna iron ni sebab selamat tak terbakar kalau letak atas kain lama-lama. So takdela habis rosak kain jadi hangus kan. Nak iron pun mudah je kedutan cepat hilang.

Hari ni baru guna iron tu lepas repair. Alhamdulillah dah ok. 

Iron steam philips rosak
Centre Philips Kuantan

Bagus centre ni boleh terus repair dan siap hari yang sama.



Post a Comment

0 Comments