Sambal Petai Tempoyak

 SAMBAL PETAI TEMPOYAK

Sambal Petai Tempoyak

Lama dah sebenarnya tak beli petai ni sebab harga kemain kayangan terkejut la kalau tanya tu. Takdela jumpa RM5 seikat tu. RM10 ke atas standard orang jual. 

Ahad hari tu ada nampak ramai orang jual. Memang dah agak seikat RM10. Belek punya belek tengok ada yang ok 6 keping. Jadi segan kalau tak beli sebab pakcik tu dah standby plastik. Hahaha.

So beli jela RM10 dapat 6 keping. Isinya pun ok. Cuma ada 1 biji je yang ada ulat. Lain semua ok. Rezeki pakcik tu dan rezeki kami dapat makan petai kayangan. Hihihi

Cie pun potong buang kulit simpan isi je dalam peti. Lama la jugak nak habiskan tu sebab Cie dan anak kedua je makan petai. Anak pertama makan tapi kurang. Babahnya memang tak makan petai.

Semalam masak la menu lunch Sambal Petai Tempoyak. Sedap sangat sambal petai ibu habis licin.

Sambal Petai Tempoyak

Bahan-bahan Sambal Petai Tempoyak

Segenggam ikan bilis
Petai ikut suka nak letak banyak mana
1 biji bawang besar
Cili padi ikut tahap kepedasan yang diingini
1 sudu tempoyak
Sedikit minyak

Cara Membuat Sambal Petai Tempoyak

  1. Tumbuk ikan bilis, bawang besar, cili padi.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Gorengkan bahan tumbuk hingga garing.
  4. Masukkan petai dan tempoyak. Kacau hingga sebati.
  5. Siap
Tak perlu letak garam sebab ikan bilis dan tempoyak dah masin. Kena darah tinggi nanti terlebih garam.

Sambal petai tempoyak ni makan dengan nasi panas je fuhhh silap-silap boleh bertambah nasi.


Orang Pahang memang tak lari dari menu tempoyak. Ada patin tempoyak, pucuk paku pun gaul tempoyak. Pucuk paku tu namanya kincuk. Gaul tempoyak, cili padi dengan pucuk paku. Macam kerabu la tak perlu masak.

Post a Comment

0 Comments