Theme Blog Baru 2022 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 17 July 2022

Theme Blog Baru 2022

 THEME BARU BLOG ROZIAHMUHAMMADNOR.COM 2022

THEME BLOG BARU 2022

Sejak 2 menjak ni memang slow sangat nak loading blog. Pageview pun agak menurun. Biasanya kalau post apa-apa je mesti ramai viewer. Ni nak capai 10 pun susah. Cie pun perasan agak lambat sebab minggu lepas memang busy tak sempat nak mengadap blog.

Cie ada post link blog pun tak banyak viewer. Sampai la beberapa hari lepas Cie tergerak hati nak google kenapa la blog jadi slow loading. Kebanyakkan blog bagi cadangan kecilkan size gambar, kurangkan letak gambar, kurangkan iklan dan macam-macam lagi la.

Ada juga beberapa blog yang cadangkan suruh tukar theme baru. Cie pun google the best theme untuk tahun 2022. Maka terjumpa la website way2themes. Cie pun terus la search theme yang Cie berkenan. Maka terjumpa dengan theme Elegance.

Cie beli theme tu RM45.46 ($10) pada 15 Julai 2022. Kalau beli ni lebih banyak manfaat la berbanding yang free. Berbaloi la beli bertahun boleh pakai. Kalau dah melabur ni mesti manfaatkan dengan sebaiknya kan. Hahaha. Bila malas nak update blog tu teringat la yang dah banyak melabur. Renew domain pun berbayar. hihihi.

theme blog baru 2022
Features Elegance Minimal Template

Dulu-dulu pun pernah jugak berkali-kali beli theme. Ada jugak guna yang free. Ada jugak super upline Shaklee Cie bagi template yang dia dah beli untuk team gunakan. Beberapa tahun Cie pakai yang tu la. Sampai la baru-baru ni template tu dah tak responsive, dah jadi slow. 

Selepas je tukar alhamdulillah dah takde masalah slow loading. Laju je dah bila buka. So ternyata la yang kena tukar theme. Asalnya Cie cuma kecilkan size gambar je untuk posting. Tapi tetap sama jugak slow nak buka. Blog Cie memang takde iklan so memang bukan sebab iklan la. Nak kata masalah line handphone tak mungkin la. Buka blog orang lain elok je. 

So selesai dah la masalah slow loading ni. Dah tukar theme baru yang lebih responsive dan cantik. Dah siap setting terus lepas beli terus pasang theme baru. Nak set pun senang sangat tak banyak nak coding kat theme setting. Cuma tukar kat layout je so mudah la. 

theme blog lama
theme tahun 2019 ni yang super upline Shaklee bagi


theme blog lama
ni pun tahun 2019 cuma tukar header je


theme blog lama
yang ni tahun 2020 pun sama theme dari super upline Shaklee


theme blog lama
theme tahun 2021 sama dengan tahun 2020 tu cuma tukar header je


theme blog lama
masih theme yang sama cuma header saja bertukar


theme blog baru 2022
yang terbaru Julai 2022


Semoga dengan adanya theme baru ni blog takde masalah la nak slow loading. Cie ni bukan la blogger tegar pun. Asalnya buat blog untuk saja suka-suka je. Tak terlintas pun nak jadi blogger. Bila buat Shaklee terus jela sambung sharing tentang Shaklee.

2 comments:

  1. Aini kadang2 akan tukar template baru depends klau dah mcm boring and klau tiba2 jadi selow sangat memang kene update ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau yang free anytime boleh tukar2 je.

      Delete