Unicorn Run Lipis 2022 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 14 January 2023

Unicorn Run Lipis 2022

UNICORN RUN SEMPENA FIT FOREVER 2022 LIPIS

Unicorn run lipis 2022


Event dah sebulan berlalu baru sempat nak update. Hihi. Biasa la hujung tahun 2022 dan awal tahun 2023 memang busy dengan macam-macam urusan.

11 Disember 2022 berlangsung Unicorn Run sempena Fit Forever Lipis tahun 2022. Walaupun masa tu dah masuk musim hujan dan banjir. Risau jugak masa tu. Rezeki pagi tu tak hujan dan cuaca ok cuma ada renyai jugak sikit.

Unicorn run lipis 2022


Unicorn run lipis 2022

Cie daftar early bird dapat la RM19.99. Dapat jersey pink yang cantik tu,dapat medal, roti dan air kotak. E-Certificate pun ada dapat jugak.

Banyak aktiviti lain jugak hari tu. Cie tak join pun dah. Join fun run je. Lepas dah habis cabutan bertuah terus balik rumah.

2 fun run join tahun 2022. Nama je fun run tapi fun walk je pun. Hahaha. Malas nak berlari. Jalan slow je pun tetap sampai. Terbakar juga banyak kalori.

Unicorn run lipis 2022
Sebelum start senamrobik kita oot oot dulu la


Unicorn run lipis 2022
Sebelum start fun run



Unicorn run lipis 2022
Yeayyyy dah dapat medal buat koleksi


Unicorn run lipis 2022
Lucky draw yang tak lucky. Hahaha


Unicorn run lipis 2022
5km pun dah burn 315kcal. Kalau setiap hari makin cepat la kurus. Hihi


Unicorn run lipis 2022
Antara aktiviti hari kejadian


Unicorn run lipis 2022
Dah tamat larian (baca berjalan je)


Unicorn run lipis 2022
Dah dapat medal unicorn


Unicorn run lipis 2022
E-Certificate pun dah dapat

Penutup fun run tahun 2022. Lepas berjuang 2 tahun dengan covid takde aktiviti gini bila ada semula memang best. Dah tua-tua ni kena amalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan, buat aktiviti menyihatkan.

1 comment: