Roti Sardin Goreng - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 19 February 2023

Roti Sardin Goreng

 MENU SARAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Pagi ni buat menu sarapan yang mudah je Roti Sardin Goreng. Lama dah sebenarnya tak buat Roti Sardin Goreng ni rasa teringin pulak nak makan. Ada je jual tapi tak sama dengan yang buat sendiri boleh ikut citarasa kita sendiri.

Roti Sardin Goreng


Bahan nak buat Roti Sardin Goreng pun tak banyak dan takde bahan yang pelik atau susah nak cari pun. Semua bahan yang kita ada kat dapur je. Tu yang rajin sikit nak buat cuma beli Roti Gardenia je. Roti cepat expired tak boleh la nak simpan lama kan. 

BAHAN-BAHAN ROTI SARDIN GORENG

1 BUKU ROTI GARDENIA (YANG PENDEK TU JE)
1 TIN SARDIN AYAM BRAND TIN KECIL
1 SUDU BAWANG PUTIH BLEND
2 SUDU BAWANG BESAR BLEND
MINYAK MASAK
SEDIKIT GARAM
1 CAWAN TEPUNG BESTARI
SEDIKIT SERBUK KUNYIT
SEDIKIT AIR

CARA MEMBUAT ROTI SARDIN GORENG

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sardin dan hancurkan. Perasakan dengan sedikit garam. Biarkan sedikit kering.
  3. Bila dah kering tutup api dan sejukkan seketika.
  4. Potong kulit roti dan ketepikan. Kalau taknak potong pun boleh juga.
  5. Bancuhkan tepung bestari dengan sedikit air dan serbuk kunyit. Tak perlu letak garam dah sebab tepung tu dah ada perisa. Agak-agak je letak air tu jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Lebih kurang macam bancuhan pisang goreng.
  6. Ambil sardin tadi dan sapukan pada sekeping roti, tutupkan dengan sekeping roti lagi. potong kepada 4 sama dengan 4 segi atau bentuk 3 segi terpulang pada citarasa sendiri. Selalunya Cie potong 3 segi kali ni saja potong 4 segi. Buat sampai habis.
  7. Panaskan minyak banyak sedikit untuk menggoreng. 
  8. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan tepung kemudian masukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.
  9. Kalau dah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Tersangat la senang nak buat Roti Sardin Goreng. Ada banyak cara dan jenis boleh buat. Ada masa Cie buat Roti Sardin Gulung, Roti Sardin Gulung Cheese dan macam-macam la boleh buat. Roti tu kalau nak guna brand lain boleh je. Cie suka guna brand Gardenia rotinya lembut. 

Tepung pulak Cie suka guna Tepung Bestari lagi mudah sebab tepung ni memang khas untuk salutan makanan bergoreng. Rangup-rangup je bila goreng guna Tepung Bestari ni. Kalau nak guna tepung gandum pun boleh je mungkin kena tambah tepung beras sikit.

Sardin pun sama kalau nak guna brand lain pun boleh je. Cie memang guna Ayam Brand. Tin kecil tu ngam je dapat untuk 1 buku roti tak terlebih tak terkurang. Ada orang tak masak pun sardin tu letak mentah-mentah je. Terpulang la Cie lebih suka masak dulu.


Roti Sardin Goreng
kena celup 1 persatu ke dalam bancuhan tepung


Roti Sardin Goreng
kalau dah kekuningan macam ni dah boleh angkat dan toskan


Roti Sardin Goreng
siap dah untuk dimakan

Hujung minggu ni ada masa rajin nak memasak. Ada masa memang cari sarapan kat luar jela. Bila teringin nak makan apa-apa masakan sendiri baru la rajinkan sendiri. Boleh je beli tapi tak sama dengan air tangan sendiri. Kalau yang beli ni banyak dikurangkan bahan demi nak jimatkan kos. Buat sendiri kita boleh je letak apa-apa kita suka.

No comments:

Post a Comment