Lata Jarum Raub Pahang - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 17 September 2023

Lata Jarum Raub Pahang

  Berkelah di Lata Jarum Raub Pahang

Lata Jarum Raub Pahang

Kejadian dah beberapa bulan baru la sempat nak share sini. Hihi. Busy terlajak gini la kan. Tapi nak jugak cerita walaupun dah basi.

Alkisahnya awal bulan 6 hari tu, kakak ipar dan family dia pergi picnic di Lata Jarum Raub Pahang. So kami pun join la sekali memandangkan Cie tak pernah pun sampai ke Lata Jarum Raub Pahang ni.

Masa tu kami baru lepas beli barang dapur kak ipar call. Hantar barang dapur balik rumah, ambil baju persalinan nak mandi terus la gerak ke sana.

Nak dijadikan cerita anak saudara suami tersalah bagi nama tempat. Katanya di Lata Lembik Raub jugak cuma jalan yang berbeza la. Kami dah hampir nak sampai ke Lata Lembik dah pun kak ipar cakap salah tempat. Kak ipar pun dah sampai ke situ, tengok anak dia takde bila tanya semula katanya salah tempat. 

Mereka tak bergerak sekali. Kiranya 3 kereta ni berasingan. Kami paling last sekali. Mujur la ada short cut jalan nak ke Lata Jarum Raub Pahang dari Lata Lembik tu so sempat la juga sampai ke situ.

Lata Jarum Raub Pahang


Nak masuk ke Lata Jarum Raub Pahang tu ada juga bayaran yang dikenakan. Masa nak masuk tu ada penjaga yang akan collect duit. Cie pun tak sure berapa sebab masa tu kakak ipar dah bayarkan sekali.

Lata Jarum Raub Pahang


Dalam tu ada la kemudahan tandas, bilik mandi, pondok tapi tak banyak la. Kami duduk bawah pokok je bentang tikar je. Buat juga BBQ. Semua tu kakak ipar dan family dia sediakan. Kami memang melenggang je datang. Hihi. Sempat beli tembikai dan air botol je. Lepas tu bawak limau sunkist ada sikit kat rumah. Menu lain kak ipar bawak.

Lata Jarum Raub Pahang
Menu picnic kami


Lata Jarum Raub Pahang
Anak-anak buah yang bakar ayam

Syok la juga kat Lata Jarum Raub Pahang ni. Ada batu-batu, air pun tak dalam cetek je. Air dia memang tersangat sejuk. Tak mandi lama pun. Kebetulan masa kami sampai tu hujan la sikit tapi tak lebat pun. Risau la juga takut kepala air.

Lata Jarum Raub Pahang


Lata Jarum Raub Pahang


Lata Jarum Raub Pahang


Lata Jarum Raub Pahang


Lata Jarum Raub Pahang


Lata Jarum Raub Pahang



Lama jugak kami picnic. Sampai petang. Abang ipar dari Putrajaya pun datang singgah bawak durian. Sedap betul isinya.

Lata Jarum Raub Pahang

Lepas Asar baru balik. Kat sana ada tempat sampah so jangan buang merata. Banyak disediakan tempat sampah. Line Umobile memang takdela. Pishang la tak boleh nak update story Instagram. Dah keluar baru boleh update. Singgah solat kat masjid kampung. Kepenatan semuanya. Tapi seronok dapat mandi sungai.

4 comments:

  1. Air sungai yg jernih dan penting tak dalam sesuai utk kanak-kanak bermain air.. aduh lama dah tak picnic tepi sungai nie . :D

    ReplyDelete
  2. Nampak ceria semuanya.
    Seronoknya dapat mandi sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Jarang2 dapat mandi sungai ni. Tu yang semua enjoy je 😁

      Delete