Annual Dinner Back To School - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 13 November 2023

Annual Dinner Back To School

 Annual Dinner Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis 

dinner back to school

Beberapa bulan dah berlalu tapi baru rajin nak share. Hahaha. Punya la busy banyak betul entry yang tertangguh. Harapnya mood rajin tu datang la. Sayang juga kalau tak update nanti senang nak tengok semula.

Dinner jabatan ni berlangsung pada 2 September 2023. Memang buat awal sebab bos kami hujung tahun cuti bersalin. Tu yang buat terus sebelum bos kami bersalin. Lama dah tak buat dinner ni last tahun 2016. Masa tu kali pertama buat sejak Cie kerja sini tahun 2012.

Plan untuk buat dinner ni sejak Mei 2023. Survey tempat nak buat, survey doorgift, survey tema, menu dan banyak lagi la. Memang all out semuanya untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar dan dipermudahkan.

dinner back to school

Dinner kami diadakan di Lipis Plaza Hotel. Kami memilih tema 'BACK TO SCHOOL' dan menu yang kami pilih Steamboat. Memang meriah dengan games, karaoke, cabutan bertuah dan aktiviti nyanyian untuk anak-anak. 

dinner back to school
hadiah untuk cabutan bertuah, king dan queen of the night


dinner back to school
candy buffet pun kami buat sendiri juga


dinner back to school
ni team deco juga yang buat. memang kreatif sangat.


dinner back to school
ni pulak hadiah untuk games pecah belon


dinner back to school
stage dan backdrop pun kami deco sendiri. tulisan backdrop tu je pihak hotel sediakan


dinner back to school
team deco memang kreatif. pintu masuk pun mereka deco


dinner back to school
ni belon untuk games pecahkan belon. dalam tu ada kertas yang tulis nama hadiah


dinner back to school
ni pulak games bowling. golekkan air tin tu lepas tu tengok la tin ke mana so dapat la hadiah tu


dinner back to school
ni prop untuk bergambar


dinner back to school
ootd sebelum dinner bermula. hihihi


dinner back to school
ni menu dinner kami malam tu memang sangat meriah


dinner back to school
memasing dah standby nak main games ni. syok juga. anak-anak pun seronok  main


dinner back to school
ni aktiviti untuk anak-anak. nyanyi lepas tu dapat hadiah. semua seronok.


dinner back to school
ni pulak sambutan birthday Julai - Disember. Buat terus senang.


dinner back to school
Cie pun celebrate la birthday bulan 11. hihi


dinner back to school
dapat hadiah cabutan bertuah. hadiah cabutan bertuah memang disediakan untuk semua staf


dinner back to school
rezeki dapat queen of the night


dinner back to school
king dan quen of the night. kebetulan sama tema pulak pengawas. hihi


dinner back to school
memang tak sangka la bos yang pilih ni


dinner back to school
15 orang staf Jabatan Dietetik dan Sajian. Sorang je tak dapat datang.


dinner back to school
family portrait. bapaknya tema cikgu pj. hahaha


dinner back to school
queen of the night


dinner back to school
dah habis majlis semua duk berposing untuk kenangan. nampak muda semuanya pakai baju sekolah


dinner back to school
antara hadiah yang kami anak beranak dapat malam tu


Hadiah yang disediakan malam tu memang sponsor dari sesama kami je. Memang banyak semua pakat sponsor sikit sorang. Kami sendiri juga yang dapat. Hihihi. 

Ada cerita disebalik macam mana la Cie boleh dipilih sebagai Queen of The Night tu. Hihi. Cie mintak bos yang pilihkan pemenang sebab nanti Cie akan announce nama pemenang. Masa tanya kat bos nama pemenang bos kata dia nak announe nanti. Cie memang tak terfikir apa la.

Masa annouce best staf tu Cie yang annouce dan bos yang sampaikan hadiah. Selepas bagi hadiah best staf tu Cie terus pass microfon kat bos untuk dia announce. Tiba-tiba masa dia sebut tu Cie memang terkejut sangat. Memang tak sangka la. Cie pulak memang ada atas stage tu je.

Cie dah kata kat boss dulu pilih staf je Cie taknak masuk. So memang tak sangka la boss pilih Cie katanya orang kuat majlis. Memang Cie all out handle majlis tu memang jenis suka nak happy kan semua orang. Semua dah penat kerja sekali sekala kita reward semua orang dengan majlis yang meriah.

Alhamdulillah majlis Annual Dinner Back To School Jabatan Dietetik dan Sajian berjalan dengan sangat lancar. InsyaAllah ada rezeki tahun 2024 nanti kita buat dengan tema yang lain pulak.

Gambar lain boleh tengok kat facebook Cie Annual Dinner







No comments:

Post a Comment